Filem adaptasi dari novel Zombijaya hasil karya Adib Zaini ini akan dibawa ke layar perak oleh syarikat penerbitan Grand Brilliance.. Filem yang bakal menemui anda semua pada 29 Ogos 2013 ini semestinya dibintangi oleh hero kacak lagi macho @zizanrajalawak yang memegang watak sebagai NIPIS bersama artis lain seperti iti Saleha, Izara Aishah, Faezah Elai, Zain Hamid, Iedil Putra
dan Azhan Rani.
Filem KL Zombie diarahkan oleh Woo Ming Jin dan skripnya masih mengekalkan Adib Zaini yang juga penulis asal novel Zombijaya.
Jangan lupa saksikan hero melaya @zizanrajalawak di pawagam berdekatan anda... kalau jauh pon takpe ..suka ati korang... jom kita serbu sama2 nanti ya.. 29 OGOS 2013 tau!!!!
► 0:31► 0:31 www.youtube.com/watch?v=ldYD0_NjsM
Mai kita baca sinopsis KL Zombie ni:-
Kalendar lama
bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan
hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV
realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri. Mereka tidak tahu
yang dunia yang mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi
kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah dan hanya Nipis yang
mampu menyelamatkan keadaan.
5 sahabat baik (Nipis, Kamarul, Ana,
Sofia dan Aliff) bergumbira pada malam sambutan tahun baru di lembah
klang apabila tidak semena-mena seorang daripada mereka digigit anjing
bervirus. virus zombi tersebut bukan sahaja menjangkiti salah seorang
daripada 5 sahabat tadi, malah merebak dari punca yang tak diketahui.
lama-kelamaan, virus tersebut merebak sampai ke sarawak dan ke seluruh
malaysia. dalam keributan penularan wabak zombi, Nipis - seorang kaki
teori konspirasi - mencadangkan mereka berpindah ke putrajaya di mana
beliau percaya, kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear.
https://www.facebook.com/KLzombie
sumber : www.mstar.com.my