Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







4 Feb 2015

Majlis Cukur Jambul & Akiqah Nur Latifah Chantiq Hanania #JOHAN

LOKASI : Villa Casa Heliconia, Kuala Lumpur 
TARIKH : 10 Jan 2015 (Sabtu)
TEMA : Berkonsepkan Ceria & Ala2 pengantin baru ..muahhhh...

Admin dan rakan-rakan sempat jugak menghadirkan diri ke majlis tersebut yang pastinya meriah. Admin rasa setiap majlis yang dianjurkan oleh JOHAN sekeluarga adalah saat dimana kami peminat-peminat berkumpul dan bercerita panjang. 
Majlis Cukur Jambul Dan Akiqah untuk Nur Latifah Chantiq Hanania bertemakan ala2 pengantin baru.. siap ada pelamin nan indah.. Dah tentu Johan sekeluarga menyediakan makanan sedap2 belaka. Moga dimurahkan rezeki lagi ya JOHAN & family... 
Admin cerita sikit2 la pasal majis tu ya... Majlis tu bertambah menarik sebab Johan sanggup berhabisan membawa persembahan badut serta permainan lain bagi memeriahkan majlis itu sekali gus menceriakan tiga anak lelakinya serta kanak-kanak lain yang hadir. Bahkan acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah berupa basikal, kipas angin serta kereta mainan turut diadakan bagi menambah kemeriahan majlis.
Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran rakan artis antaranya Fasha Sandha bersama suaminya Jejai (Rizal Ashram) yang turut membawa dua anak mereka; Amyza Aznan bersama suaminya, Khairil Izhar dan anak mereka; Ezad Lazim dan isterinya, Nor Azeana serta anak mereka dan Azza Elite. Tidak ketinggalan Raja Azura serta pasangan Johan dalam segmen Johara ERA iaitu Ray dan beberapa orang anak yatim yang telah dianggap seperti anak nya sdri. 
Admin rasa sangat bersyukur kerana mengenali hamba Allah ini yang tak pernah lokek mengadakan majlis kenduri kesyukuran bagi berkongsi rezeki yang diperoleh dengan orang lain. Alhamdulillah... admin rasa kita semua patut contohi karektor JOHAN dan Isterinya OZLYN... 
Penat-penat JOHAN aritu sanggup melayan kami peminat dan tetamu yang hadir... terima kasih JOHAN.. 
Admin selitkan gambar2 sekitar Majlis tersebut. 
KEHADIRAN anggota keluarga memberi makna besar.
Ahli keluarga JOHAN & OZLYN 
AKSI ceria Ozlyn bersama Ezad Lazim, Raja Azura dan Amyza.
Rakan artis yang hadir 
BERSAMA peminat yang turut diundang.
Admin dan peminat2 setia JOHAN (cuba teka mana 1 admin) hahha
BERSYUKUR dengan kelahiran Nur Latifah Chantiq Hanania.
Bersama puteri mereka Nur Latifah Chantiq Hanania
 Sama Handsome sama cantik bak raja sehari 


  



Kesian... penat melayan karenah kami

keratan akhbar HarianMetro



SEMOGA ALLAH TAALA MURAHKAN REZEKI KALIAN SEKELUARGA... BAHAGIA HINGGA KE JANNAH DAN DILINDUNGI ALLAH TAALA SENTIASA...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...