Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







25 Feb 2015

Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015) - Tahniah JOHAN!

Anugerah MeleTop Era 2015 (AME2015) Ahad yang lalu menjadi milik pelawak, pelakon, dan penyampai radio, Johan yang membawa pulang empat trofi iaitu Program Radio MeleTop menerusi Johara, Pe­nyampai Radio MeleTop, Artis Lawak MeleTop dan TopTop MeleTop Lelaki.
Paling mengejutkan pastinya kategori paling berprestij AME2015 iaitu TopTop MeleTop Lelaki terutama ketika Johan atau nama penuhnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 30, kebelakangan ini jarang muncul dengan filem atau drama baru kecuali hanya aktif sebagai penyampai radio Era FM.

Apa yang pasti, kelompok peminatnya masih utuh hingga dia mendominasi kemenangan malam itu.
Barangkali, atas sebab itu juga terpancar kehairanan dan kejutan di wajah Johan yang juga pengacara pada malam itu bersama Datuk AC Mizal, Neelofa, Nabil dan Zizan Razak sewaktu diumumkan sebagai pemenang trofi TopTop Meletop Lelaki.
Pelakon baru, Ayda Jebat turut mencipta kejutan apabila diumumkan sebagai pemenang kategori TopTop MeleTop Wanita dan Artis Baru MeleTop.

Berkongsi kegembiraan kemenangan itu, menurut Johan, dia tidak menafikan semua itu rezeki semata-mata selain kesungguhannya bekerja keras selama ini hanya untuk kesenangan keluarganya.
“Dengan keadaan yang sedikit kelam-kabut di belakang pentas, sebenarnya saya sendiri cuma fokuskan kepada tugas sebagai pengacara dan mahu bergembira semata-mata malam itu.
“Malah, saya sendiri tidak tahu siapa pemenang lain dan disebabkan itu saya terkejut apabila nama saya di­umumkan,” katanya.

Johan berkata, kemenangan itu ditujukan khas buat isteri dan anak-anaknya yang sentiasa menyokong.
“Dialah yang sentiasa mengingatkan saya agar terus memperbaiki diri. Dia juga penilai utama di belakang tabir untuk memastikan saya terus berikan aksi terbaik.
“Tidak dilupakan juga peminat yang menjadi tulang belakang selama ini membakar lagi semangat untuk terus menjadi terbaik. Momen ini memang akan saya kenang sampai bila-bila kerana sememangnya ia meninggalkan nostalgia yang suatu hari nanti dan boleh diceritakan kepada anak dan cucu,” katanya. SUMBER..

P/s- Tahniah Johan, admin bangga dengan Johan, bagi yang rindu dan terlepas nak tengok JOZAN jadi HOS AME2015 ni bolehlaa tengok menerusi link kat bawah ni yer..

Jom layann gambar2 JOZAN, JOZLYNN kat bawah ni k..gambar2 credit to Rotikaya.com


4 Feb 2015

TAHNIAH JOZANFC_OFFICIAL / INSTAGRAM

Tahniah JOZANFC_OFFICIAL di Instagram... dah cecah 10.3K follower ... Ayuh peminat-peminat JOZAN #JOHAN #ZIZAN follow kami di instagram... banyak nak share ..tak cukup masa nak upload gambar dan video mereka... yang ada pon tak jemu review kan... hehehe... 

klik sini ya ....


ERAvaganza-JajahanBola-Pandamaran-Klang #GAMBAR

TARIKH : 31 JANUARI 2015
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN PANDAMARAN, KLANG, SELANGOR
MASA : 3PM - 7PM

PERLAWANAN ANTARA ERA.FM dan Barracudafc...

Jom kita saksikan gelagat JOHAN di JAJAHAN BOLA ERAvaganza di Klang... Admin bukan tak mau cerita pasai kat Batu Pahat tu.. tp kat Klang lagi bnyk gambar ..so tengok je lah.. hehehe...




 SELFIE.. WELFIE.. 





 JOHAN baling apa tu??? bertuahnya pengunjung di Pandamaran Klang...


 Amboi syokkknya diaaaaa...

Sumber : era.fm Instagram / Faceebook... 
Photo by : Yusofnator http://instagram.com/yusof_nasir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...