Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







30 Nov 2012

JOZAN Tetap UngguL di Minggu ke-2 MLM2012

Assalammualaikum...
hari ni admin nk kongsikan petikan/keratan akhbar mengenai JOZAN di Minggu ke-2 Maharaja Lawak Mega 2012..
 



klik2x untuk baca lebih jelas dan besarkan gambar~ Kredit SiNaR HaRiaN & HaRiaN MetRo
kesemua gambar diatas credit kepada MeLati Desa/ @MawarRedd
jom tengok video persembahan JOZAN di Minggu ke-2 MLM2012


~teruskan support dan vote JOZAN di minggu ke-3 ini, Moga JOZAN tetap unggul dan jadi yang terbaik~thank you.

~cara nak vote JOZAN in MLM2012~

26 Nov 2012

BEST ON SCREEN CHEMISTRY AWARD MILIK JOZAN DI SHOUT AWARDS 2012

Assalammualaikum..
Alhamdulilah berkat usaha para JOZANNERS sekalian, JOZAN akhirnya berjaya menang di Shout Awards untuk Kategori Best On Screen Chemistry Award..Syabas dan tahniah diucapkan.pada JOZAN kerana mereka selayaknya menang untuk kategori ini..Semua Jozanners berasa sangat gembira dengan kemenangan JOZAN ini..terima kasih pada semua JOZANNERS yang tidak jemu-jemu mengundi bagi memastikan kejayaan menjadi milik JOZAN..
Tahniah juga untuk ZizaN kerana berjaya mendapat satu lagi award di Shout Award untuk kategori Favourite TV Personality Award..terima kasih pada semua peminat kerana mengundi JOZAN dan ZiZaN Di Shout Awards..Selepas ini teruskan mengundi JOZAN untuk Maharaja LawaK MeGa 2012 yer..
credit to Twitter JOHAN
Credit to Twitter ZIZAN
teruskan menyokong JOZAN..

 
Picture credit untuk Nur Hazwani Ghazali dan Farahin..

22 Nov 2012

FiLeM BaRu JoHaN DiPawaGaM SeKaRaNg~PontiaNak VS Orang MiNyaK

22 November 2012, bermulanya tayangan filem Pontianak Vs Orang Minyak kepada umum. Filem ini dilakonkan oleh JoHaN & NaBiL dan diarahkan oleh Afdlin Shauki..Kepada semua Jozanners jangan lupa menonton filem ini dipawagam berhampiran anda yer..sokonglah semua filem-filem yang dilakonkan oleh JoHaN dan ZizaN yer serta filem-filem tempatan lain..Pastinya korang tak kering gusi melihat telatah JoHaN dan Nabil dalam Filem ini..semoga trhibur yer..jom tengok promo,trailer,temubual dan sinopsis filem Pontianak Vs Orang Minyak dibawah ini yer..
 
SiNoPsis Filem PontiaNak VS Orang MinYak

Filem ‘Pontianak VS Orang Minyak’ ini memaparkan perjalanan 2 orang pemuda (Johan & Nabil) yang terjebak dalam dunia halus setelah masing-masing kecewa dengan haluan hidup mereka. Ponti (Nabil) dilantik menjadi Pontianak lelaki manakala Omi (Johan) pula menyerahkan diri untuk dilatih sebagai orang minyak.
Mereka berdua akhirnya dihantar oleh ketua masing-masing ke Kampung Puaka yang didiami oleh golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat untuk diuji ilmu-ilmu yang telah mereka pelajari semasa proses latihan.
Namun, Ponti dan Omi telah jatuh cinta kepada anak-anak gadis sunti Saodah yang baru berpindah ke kampung tersebut, iaitu, Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur.
Jadi ini telah memaksa kedua-dua mereka berpakat untuk menukar strategi di mana Ponti akan mengacau kekasih Omi dan Omi pula akan mengganggu kekasih Ponti.
Di masa yang sama, Kampung Puaka juga telah mengalami perebutan kuasa antara ketua kampungnya Pak Rejab dan adik iparnya, Sudiro. Sudiro telah mengkhianati kampungnya sendiri dengan membuat perjanjian sulit di antara Ratu Pontianak dan ketua orang minyak. Maka berlakulah kekecohan yang amat hebat di Kampung Puaka apabila hantu-hantu Pontianak dan orang minyak mula dapat memasuki kampung tersebut. Nantikan apa yang bakal dilakukan oleh Ponti dan Omi! Sinopsis credit to budiey.com
Trailer

ProMo

Temubual JoHaN_Orang Minyak



TeMubuaL NaBiL_PoNtiaNaK

Hahaha jangan lupa tengok semua video2 diatas ni yer..n paling penting harus menonton filem ini dipawagam sebab pastinya korang terhibur melihat gelagat JOHAN dan Nabil sebagai Orang Minyak dan Pontianak..Selamat menonton...

18 Nov 2012

JOZAN SEKITAR MAHARAJA LAWAK MEGA 2012

 
Assalammualaikum...
Minggu Pertama Maharaja Lawak MeGa 2012 telah pun berlalu..ternyata JOZAN telah memberikan persembahan yang terbaik pada malam itu sekaligus mendapat undian yang tertinggi untuk minggu yang pertama Maharaja Lawak Mega 2012. Good Job untuk JOZANNERS semua kerana semua telah mengundi..Diharapkan JOZAN terus konsisten dan sukses dalam MLM2012 ini..tahniah dan syabas diucapkan..Untuk Jozanners teruskan mengundi yer,mari lihat gambar2 JOZAN dibawah ini kredit kepada BUAHMULUT.COM





Dah tengok gambar, jom tngok pula video persembahan JOZAN untuk Minggu Pertama Maharaja Lawak Mega 2012..

16 Nov 2012

Good Luck JOZAN For MaHaRaJa LaWaK MeGa 2012

 
Assalammualaikum...
16 November 2012 adalah hari yang paling ditunggu-tunggu oleh para JOZANNERS Sekalian...hari ni akan berlangsungnya minggu pertama Maharaja Lawak Mega 2012. So sama-sama la kita semua mendoakan kejayaan JOZAN..teruskan sokongan yer..paling penting jangan lupa mengundi yer..kerana untuk Maharaja Lawak MeGa ni, semua peserta akan bergantung kepada markah juri dan undian peminat..oleh itu sama2 la kita mengundi JOZAN sebanyak yang mungkin..cara-cara mengundi boleh dilihat dibawah ini..
Semoga JOZAN berjaya melakukan yg terbaik dalam MLM2012 Ini..jadi JOZANNERS support habis-habisan k..
Gambar JOZAN credit~Twitter ZizaN
 


14 Nov 2012

Majlis Pratonton Filem Pontianak VS Orang Minyak

 
Assalammualaikum..
Pada 8 November lalu telah berlangsungnya Majlis Pratonton Filem Pontianak Vs Orang Minyak arahan Afdlin Shauki yang telah diadakan di Cathay E@Curve,Damansara. Filem ini dilakonkan oleh JoHaN dan Nabil. Filem ini akan mula ditayangkan pada umum bermula pada 22 November 2012..So pada Jozanners jangan lupa menonton filem baru JoHaN ini dipawagam nanti yer..Jom layan video disekitar Majlis Pratonton filem ini..
 
 
video2 diatas kredit pada klposdotcom
 

10 Nov 2012

ZizaN Di AnugeRaH SkRiN 2012

Gaya Zizan di Anugerah Skrin 2012~Robin Hood gmbr kredit~ Instagram AfdaL Shahizad
Gambar kredit~instagram ezuwanismail ~pereka baju Zizan
 
gambar~kredit Nurul Ain Jozan
 
telatah Zizan di pentas ASK2012 berjaya membuatkan semua penonton ketawa walaupun muncul sekejap..tahniah Zizan jom kita tengok video tersebut dibawah yer..semoga terhibur..

 video kredit to SpeakerPecah..
 

Johan Raja Lawak Tak Ralat Tolak 15 Tawaran Filem

 
 
 
sUMber ~ www.murai.com.my

5 Nov 2012

Cerita JoHaN Dalam AkhBar Berita HaRiaN 5Nov2012

Assalammualaikum...
Hari ni admin nak kongsikan satu artikel mengenai JoHaN yang disiarkan di akhbar Berita Harian bertarikh 5 November 2012..

Siapa boleh menafikan kehadiran Johan dalam keluarga stesen radio Era FM memberi impak besar. 
Biarpun berkali-kali si empunya diri menafikan hakikat itu, jelas taruhan dibuat stesen radio popular itu ‘menjadi’ hingga muncul stesen No 1 di Malaysia dalam kajian Pengukuran Pendengar Radio Nielsen 2012 yang diumumkan, baru-baru ini. 
Tidak hairanlah, pelakon dan pelawak yang dicungkil bakatnya melalui program realiti Raja Lawak ini sentiasa mendapat perhatian stesen lain yang cuba menyuntingnya. HIP difahamkan, Johan atau nama sebenarnya, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz ‘dipancing’ stesen lain untuk bertugas di konti mereka. Khabarnya, ada stesen radio cuba mengumpan Johan dengan tawaran yang cukup lumayan. 

Saat diajukan pertanyaan ini kepada lelaki berusia 28 tahun ini, Johan mengakui menerima tawaran untuk berhijrah ke stesen lain. Johan juga tidak menafikan menerima bayaran yang cukup lumayan. Namun, jujur katanya, hatinya masih setia dengan radio Era dan belum terlintas meninggalkan stesen itu.

Nafi anak emas '

"Memang ada stesen radio yang menawarkan saya menjadi penyampai di stesen radio mereka. 
“Namun, saya lebih selesa bertugas di radio Era buat masa ini. Wang bukanlah perkara utama yang saya fikirkan kerana apa yang penting, keserasian serta keselesaan saya ketika bertugas. 
“Pengurusan radio Era sangat bertolak ansur dan faham situasi saya serta tidak terlalu menekan," luah Johan ketika ditemui pada majlis kesyukuran Radio Era FM di Rumah Amal Belaian Kasih (RAKEBA) di Hulu Klang, malam Jumaat lalu. 
Turut hadir di majlis itu, Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran serta barisan penyampai lain seperti Hanif, Ray, Ira, Zahid serta deejay baru, Aril. Johan bertugas untuk slot pagi iaitu JoHaRa bersama Ray dan Hanif. 
Diusik apakah benar dia ‘anak emas’ radio Era hingga diberi layanan kelas A, Johan menafikannya. 
"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kejayaan Era menduduki tempat pertama bukanlah disebabkan satu pihak semata-mata.

“Kami bekerja secara berkumpulan. Semua pihak daripada pengurus saluran, penerbit, penyusun lagu, semuanya memberi sumbangan sehingga Era berjaya mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio paling popular dua kali berturut-turut. 
“Kami boleh diibarat pasukan pemain bola. Ada penyerang, bahagian pertahanan dan penjaga gol. Semuanya memainkan peranan masing-masing," ujar Johan berkias.

Jarang muncul di televisyen, filem boleh jejas populariti? 

Sejak menggalas tanggungjawab sebagai penyampai radio, kelibat Johan diakui jarang dilihat dalam filem ataupun drama. Jika adapun, hanya naskhah yang dihasilkan lebih awal iaitu sebelum dia bertugas di konti. 
Mengulas lanjut perkara itu, suami kepada pelakon, Ozlynn Waty ini berkata, bukan tidak ada tawaran berlakon yang diterima, tetapi tugas di konti menghalang dirinya aktif dalam bidang lakonan. 
"Saya ada masalah untuk tidur, tetapi bangun pagi tiada masalah. Jika saya mengambil tawaran berlakon, saya bimbang jadual penggambaran yang tidak menentu membuatkan waktu tidur saya tidak menentu. 
“Tidak mahu memberi masalah, saya terpaksa menolak beberapa tawaran filem dan drama. Banyak juga tawaran penerbit yang terpaksa saya hampakan. Nak buat macam mana?” katanya. 

Ditanya tidakkah risau popularitinya merudum jika lebih menumpukan perhatian terhadap karier penyampai radio, Johan yakin ia tidak akan berlaku. 
"Pada saya, radio lebih memberi publisiti yang meluas. Orang akan lebih banyak mendengar radio berbanding menonton TV. Lagipun saya ada membuat penggambaran dalaman dan aktif mengacara. Jadi peminat masih boleh melihat saya di kaca televisyen," ujarnya.
selepas ini jika ada cerita Zizan,Johan dan Jozan di Akhbar..admin akan uploadkan di blog ini..

4 Nov 2012

Video2 JOZAN FroM JoZanners Part 2

Assalammualaikum
hari ni admin nak kongsikan Video2 JOZAN yang dibuat dan diedit oleh para Jozanners Sekalian..Sebelum ini admin dh pernah kongsikan video2 JOZAN tu,ini adalah Part 2 nyer so Selamat Menonton yer dan terhibur la hendaknya..teruskan menyokong JOZAN ye..

Tajuk: I Lay My Love On You JoZaN
Oleh~ Tyra91 Jozannerz


Tajuk: JOZAN (Tonight We Are Young)
Oleh~ Salamizyee619


Tajuk: CheMistry JOZAN- Berdua Bersatu
Oleh~ Aishah Jozannerz


Tajuk: JOZAN I'm Yours
Oleh~ 87Snow Girl


Tajuk: JOZAN Terukir Di Bintang
Oleh~ Farah Jozanners


kalau nak tengok Video2 JOZAN From Jozanners Part 1 Klik SINI k
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...