Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







15 Jun 2014

Happy Birthday JoHaN - 13 Jun


Moga Panjang umur, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu..


Filem Baru Zizan - Abang Long Fadil

Sinopsis Abang Long Fadil

“ABANG LONG FADIL” adalah parodi dan kesinambungan filem “KL GANGSTER”. Mengisahkan tentang kehidupan Fadil setelah sahabat baiknya Malik dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. Fadil tidak mahu lagi masuk campur dalam dunia gangster dan mahu bebas dari geng Shark, tetapi dia perlu melaksanakan satu tugasan terakhir sebagai hadiah untuk layak membebaskan diri daripada kumpulan gangster. Shark iaitu musuh dalam selimut kepada Malik tidak senang dengan Fadil, maka Shark membuli Fadil dengan memberikan tugasan yang dianggap mustahil bagi semua gangster-gangster di KL iaitu untuk menakluk kawasan Kampung Berani. Kampung Berani adalah penempatan orang Melayu yang sedang menghadapi krisis hak milik tanah peneroka dengan syarikat-syarikat kapitalis yang telah mengupah sekumpulan gangster untuk mengugut penduduk kampung. Dalam masa yang sama, kawasan itu dipegang oleh seorang gangster besar yang tidak diketahui identitinya. Pelbagai peristiwa berlaku dalam percubaan Fadil untuk menakluk Kampung Berani. Secara tidak sengaja, Fadil bertemu dengan Adam yang merupakan anak seorang pendekar dan mempunyai kekuatan luar biasa. Mereka bergabung untuk melawan samseng-samseng di kawasan tersebut, akhirnya berdepan dengan ketua gangster paling besar di situ. Mampukah mereka menewaskan kumpulan gangster tersebut? Adakah tanah Kampung Berani akan tergadai? Mampukah Fadil mendapat kebebasan? 

Trailer Filem Abang Long Fadil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...