Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







28 Oct 2013

TERIMA KASIH SEMUA


Website Analysis telah membuat kajian bahawa blog ini ( jozanrajalawakfc.blogspot.com ) telah diikhtiraf sebagai blog yang aktif (90%). sila baca seterusnya di http://www.coolsocial.net/sites/www/jozanrajalawakfc.blogspot.com.html  .. Kami amat berbangga dengan usaha ini.. Thanks kepada follower di Twitter @JOZANFC_Official  kerana banyak memberi sumbangan menaikkan nama JOZAN. 

Kami pihak admin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda semua dalam usaha mengikhtiraf JOHAN & ZIZAN a.k.a JOZAN sebagai ikon paling power dalam industri seni tanahair kita ... Pihak admin berharap agar anda semua terus menyokong JOZAN.



TERUS MENYOKONG JOZAN !!!

TAHNIAH ATAS PERASMIAN RESTORAN BURGERBYTE #ZIZAN




TAHNIAH untuk brother kita a.k.a ZIZAN RAZAK atas pembukaan restoran BURGERBYTE di DAMANSARA PERDANA pada 26 OCTOBER 2013. Alhamdulillah.. rezeki bertambah dan harap ia terus bertambah dengan pembukaan restoran ini..

Jom kita rasa sama2 BURGERBYTE special made by ZIZAN ... kita serbu restoran yang dibuka di DAMANSARA PERDANA... Kata brother kita ni... beliau memang suka makan BURGER, sebabnya ia lazat, mudah disediakan dan ringkas. Restoran yang dikongsi bersama sahabatnya Rostam Affendy ini membawa kelainan dr restoran burgerbyte lain dengan menambah beberapa menu lagi... cukup untuk menjamu sebab restoran beliau sekarang mempunyai 62 jenis makanan ala2 western gitu...tp stay dengan citarasa melayu kita... alhamdulillah...  

MOGA TERUS DIMURAHKAN REZEKI ~ZIZAN~




Special thanks :-  
Zizan Razak
Marina Juki 
Wire Fame Ent. 

JOHAN MARA KE FINAL SUPERSPONTAN


Rancangan SUPER SPONTAN 2013 sudah hampir ke kemuncank.. Siapakah yang bakal membawa pulang RM100,000.00???? kita yang tentukan .. 

Tahniah buat finalist Yus, Tauke, Rahim, Nabil, Jep dan special buat JOHAN. Semua sudah sedia maklum untuk final SS undian adalah kepada individu... so kita semua kena vote org perseorangan ... apalagi... tugas kita buat undian untuk JOHAN la kan...undian telah dibuka dan akan ditutup pada hari JUMAAT sebelum berakhirnya SS... 

CARA UNDIAN SMS :-
TAIP SS3/5/10/20 JOHAN HANTAR KE 32777 

alang2 nk ndi hantar jer 
SS20 JOHAN KE 32777

Kita semua tahu minggu terakhir SS di Showroom Studio, Bandar Sri Damansara ... ramai yang sedar bahawa JOHAN paling ketara dalam permainan SOAL MENYOAL... kita semua tahu JOHAN memang terbiasa ngan permainan tersebut kerana beliau isnin sampai jumaat dok berlatih di era.fm . Disampaing mengundi mari kita sama2 berdoa untuk kejayaan nya di SUPER SPONTAN FINAL 1 November ini. 

Make sure korang tak ketinggalan untuk menonton FINAL SUPER SPONTAN di saluran ASTRO WARNA (132) dan ASTRO MUSTIKA HD (134) pada 1 NOVEMBER 2013 (JUMAAT) jam 10.00 P.M. Untuk yang nk menonton live sila datang ke DEWAN KENANGAN MPSP, SG. PETANI, KEDAH. 


Apa2 pon kami pihak admin JOZANFC mengucapkan TAHNIAH buat JOHAN kerana berjaya mara ke FINAL ... kami sentiasa berdoa agar kejayaan berpihak kepada brother kesayangan JOZANNERZ semua  ~JOHAN~ 
Pastikan korang undi JOHAN tau!!!




23 Oct 2013

SHOUT AWARD DATANG LAGI !!!!

 

 Shout! Awards 2013 kembali lagi... pastinya semua dah tahu pasal ni... anugerah yang pernah menjulang nama JOZAN (JOHAN & ZIZAN) tahun 2012 dalam kategori Best On Screen Chemistry Award ... dan tahun ni diorg masih tercalon dalam kategori yang sama ... mari ...mari... kita undi mereka. saya tahu korang semua sayangkan JOZAN ...

Untuk mengundi mereka bagi kategori ini anda hanya perlu klik http://www.shoutawards.com.my/2013  
untuk mengundi secara online... sehari boleh undi 30 ... atau nak lagi undi.. pakai PC lain atau pakai phone korang pon boleh... boleh undi banyak2 tau. Bagi yang suka SMS undi dengan menggunakan kod tertera:- 

SHOUT G6 hantar ke 33399 

Bukan tu saja kategori yang korang boleh undi ... untuk menunjukkan sokongan korang kat ZIZAN korang boleh undi beliau dalam kategori Favourite TV Personality Award... Korang boleh undi online dengan layari laman web Shout!Award dan juga boleh undi menggunakan SMS dengan menaip:- 

SHOUT L6 hantar ke 33399

Bagi korang yang sayang sangat kat JOHAN korang pon boleh undi.. biar sama rata kan?... JOHAN di calonkan dalam kategori Coolest Radio Announcer Award ...sama juga cara undi nya..korang pegi layari laman web Shout!Award dan undi SMS. Korang cuma perlu taip:- 


SHOUT M5 hantar ke 33399

Banyak lagi kategori yang melibatkan HERO kita. Kita boleh undi sama2 *berkerjasama ... cam JOHAN dengan Favorite Radio Show Award  ZIZAN dengan Flava Award bersama KAKA ... Undian untuk diorg berdua lagi ... untuk kategori Breakthrough Local Feature Award menerusi theater yg dah difilemkan iaitu LAWAK KE DER? dan Favorite Radio Show Award  untuk menghargai jasa #JOHARA menghiburkan kita setiap pagi... hahaha thanks RAY, HANIF and NADIA (manager Johara Pagi ERA) dan thanks to HANS ISAAC untuk LAWAK KE DER? tu. 

Meh sini nak tunjuk cara nak undi menggunakan SHORT MESSAGE SERVICES atau SMS untuk semua kategori.



SHOUT N3 hantar ke 33399




SHOUT D6 hantar ke 33399




SHOUT J6 hantar ke 33399




Jangan lupa ya layari laman web http://www.shoutawards.com.my/2013  
untuk mengundi secara online...Buat pengetahuan semua undian telah dibuka 18 October 2013 dan akan tutup pada 8 November 2013 dan akan ditayangkan di saluran 708 (Astro) 8TV. Boleh tonton secara live di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 9 November 2013 (Sabtu) jam 8.30 p.m. 



SELAMAT MENGUNDI !!!! 


sumber : 

Thanks to: 

16 Oct 2013

Koleksi GIF JOZAN Versi Lawak Ke Der 2

Assalammualaikum,
Sekarang ni mesti ramai yang rindukan JOZAN kan? so hari ni admin nak bagi Gif JOZAN (gambar bergerak) versi Lawak Ke Der 2. Korang boleh save untuk buat koleksi dan sebagainya.














Untuk koleksi GIF JOZAN yang lain klik kat bawah ni yer.


1 Oct 2013

INFINITI CINTA BY ZIZAN FT KAKA



Setelah kejayaan lagu BAWAKU PERGI ... kini zizan dan kaka bergabung lagi dengan membawa lagu duet  bertajuk INFINITI CINTA ... pasti korang semua dah dengar lagu tu.. best kan???  Meh kita layan sat noohhh 

Lirik Lagu Infiniti Cinta - Zizan Razak ft. Kaka

Bermula kutemu gadis berkaca mata
Comel anggun ayu cantik paras rupa jelita
Tinggi 5 3 laksana primadona
Terigau mimpi sini juga khayalnya ke sana
Pernahkah terdengar tiada dara yang renggang
Itu kisah ku dulu reputasi lamaku dulu
Seribu memurai usah satu pun kau percaya
Seribu menggadai kau satu sumpah setia

Cliche dihatiku kau bermaharajalela
Manifesto luput bila nafas henti hela
Tiada medan yang takkan kubanting yang kujuang
Demi seru kau sayang
Demi kau seorang
Demi seru kau sayang
Demi kau seorang

Korus:
Ucapkanlah kata-katamu dengan gurau sendamu
(Ku cuba menahan ketawa ku)
Jelaskanlah apa kau mahu, kan ku sedia menunggu
(apa yang ku rasa kau dah tahu)

Takkan ada lagi cinta yang setara
kau dan aku (2x)

Kan baru saja aku bilang
Ku mahu seru kau sayang
Hikayat kau aku
tanpa dua dan bayang-bayang

Diteraju kau dan aku
sutradara yang maha esa
tetap kau aku lintas bandar rentas desa
Dan apa pula kau mahu jelas satu-satu
Leraikan yang terbuku dan segala didadamu
Salam perkenalan yang diselami dua hasrat
Moga-moga kita kekal hingga ke akhirat
Seharusnya kita kekal hingga ke akhirat

Ulang korus


Apakah seorang raja tanpa permaisuri jelita di sisinya
Ibarat jantung tiada degupannya
Dan diri aku bisa jadi ratu kamu
(dan memang aku ratu aku)
Andainya kamu mampu buktikan padaku

Cinta bukan saja bukti
Ku uftikan cinta infiniti
Janji tak ditinggalkan tetapi ditepati
Kau istimewa tiada metafora setara
Jadi tiada metafora kerna kau tidak ketara
Tiada metafora kerna kau tidak ketara

[Ulang korus]

Satu satu aku mahu kamu
Dua dua hanya kita berdua
Tiga tiga bersama sama selamanya
(One more time!)
Satu satu aku mahu kamu
Dua dua hanya kita berdua
Tiga tiga bersama sama selamanya

Takkan ada lagi cinta yang setara
Kau dan aku.. kau dan aku

Ucapkanlah kata-katamu dengan gurau sendamu
Jelaskanlah apa kau mahu, kan ku sedia menunggu

Takkan ada lagi cinta yang setara
kau dan aku (2x)

Untuk pengetahuan korang semua lagu ni dah masuk MUZIK-MUZIK28... korang boleh undi lagu ni kat 

http://apps.gua.com.my/muzikmuzik28/NewEntry.aspx

klik je kat PENCALONAN BARU 

TERBAEKKK !!!!! 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...