Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







28 Oct 2013

TAHNIAH ATAS PERASMIAN RESTORAN BURGERBYTE #ZIZAN




TAHNIAH untuk brother kita a.k.a ZIZAN RAZAK atas pembukaan restoran BURGERBYTE di DAMANSARA PERDANA pada 26 OCTOBER 2013. Alhamdulillah.. rezeki bertambah dan harap ia terus bertambah dengan pembukaan restoran ini..

Jom kita rasa sama2 BURGERBYTE special made by ZIZAN ... kita serbu restoran yang dibuka di DAMANSARA PERDANA... Kata brother kita ni... beliau memang suka makan BURGER, sebabnya ia lazat, mudah disediakan dan ringkas. Restoran yang dikongsi bersama sahabatnya Rostam Affendy ini membawa kelainan dr restoran burgerbyte lain dengan menambah beberapa menu lagi... cukup untuk menjamu sebab restoran beliau sekarang mempunyai 62 jenis makanan ala2 western gitu...tp stay dengan citarasa melayu kita... alhamdulillah...  

MOGA TERUS DIMURAHKAN REZEKI ~ZIZAN~




Special thanks :-  
Zizan Razak
Marina Juki 
Wire Fame Ent. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...