Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







21 Feb 2013

JOZAN HOS RAJA LAWAK MUSIM KE-7

Assalammualaikum..
Raja Lawak Musim ke-7 akan bersiaran tidak lama lagi. Sekarang Ujibakat Raja Lawak sedang rancak dijalankan di seluruh Malaysia dan Singapura, dan khabar gembira kepada semua peminat JOZAN, yang JOZAN akan terus menjadi pengacara Raja Lawak untuk Musim ke-7 ini. Jadi dapatlah kita semua melihat aksi JOZAN lagi selepas ini di kaca tv..so nantikan Raja Lawak Musim ke-7 di Astro Warna..

Petikan dari Sinar Harian..


SumBer

17 Feb 2013

MajLis KeSyuKuRaN BeRsaMa JoHaN

Assalammualaikum...
tanggal 9 Februari 2013 (Sabtu) yang lalu, berlangsungnya MajLis Kesyukuran JoHan di Wisma LJT, Taman Melawati..Majlis Kesyukuran ini terbuka kepada semua, ramai peminat yang hadir ke Majlis Kesyukuran Bersama Johan ini dan Alhamdulilah Majlis tersebut berjalan dengan lancarnya. Tujuan Majlis ini diadakan adalah sebagai tanda menghargai para penyokong yang sentiasa menyokong JoHaN dari dulu sehingga kini, dan juga sebagai Majlis Kesyukuran atas kejayaan JOZAN di MahaRaja Lawak MeGa 2012 serta Majlis Cukur Jambul anak ketiga Johan.
gmbar diatas credit to FB Johan Rajalawak FC
gambar diatas credit to Jozannerz Dsyg
Gambar diatas credit to Nisa Thirah..

12 Feb 2013

ZiZaN Ke EroPaH


EKSKLUSIF Zizan Razak Duta Produk Mamee Terbang Ke Eropah Untuk Kempen MiTarik
Ingat lagi tak, semasa Majlis Pelancaran Peraduan Mister Potato dan Chevrolet beberapa minggu yang lepas, Budiey ada twit di Twitter Budiey @budiey yang mana pelawak terkenal dan pengacara Melodi, Zizan Razak akan dilantik sebagai duta produk Mamee tak lama lagi.
Namun, sebelum apa-apa lagi, pihak Mamee telah pun menghantar Zizan Razak ditemani oleh seorang penyanyi wanita remaja bergelar Kaka Azraff ke Eropah untuk melancong dan yang pastinya, bila dah syarikat Mister Potato yang taja, sah-sahlah mereka akan dibawa ke Stadium Old Traffords untuk menonton perlawanan bola sepak kat sana. Pergh! Best. Budiey pun dah pergi ke sana dan ditaja oleh Mister Potato ni. Memang diorang gempak dan bermurah hati sangat! Misteri Potato dan Mamee juga akan menaja goodies dan hadiah cabutan hadiah untuk Party Budiey nanti. Terima kasih banyak ya!
Mister Potato adalah antara penaja untuk Manchester United. Jadi, alang-alang ke sana, mesti diorang ambil peluang untuk jalan-jalan ke bandar berdekatan seperti London, Amsterdam dan Manchester. Kerlast! Best!. Baik sungguh hati Mamee kan? Itu belum lagi buat pengumuman kat semua yang Zizan jadi duta, dah kasi layanan istimewa. Itulah kelebihannya! Untungla Zizan.
Namun, Budiey diberitahu, Zizan dan Kaka terbang ke Eropah bukan saje mahu jalan-jalan makan angin. Tapi mereka membawa satu misi iaitu Mamee #MiTarik, di mana ia menjadi projek eksklusif untuk Zizan Razak.
Wah, mesti ramai yang tertanya apa itu Mi Tarik. Kalau Tea Tarik kita tahu la kan. Memang femes di merata dunia pun. Jadi, kempem #MiTarik adalah kempen membawa produk terbaru Mi Segera Mamee #MiTarik kepada pelajar-pelajar Malaysia, perantauan warga negara Malaysia yang bekerja kat sana dan tak ketinggalan penduduk Eropah.
Produk terbaru dari Mamee ini sebenarnya adalah produk inovasi dengan teknologi purba abad ke 15 dari China. Haha, bukan sebarang produk. Budiey pun teruja nak tahu bagaimana la rasa produk ni. Mesti rasanya lain dari produk Mamee yang lain, kan? Sebelum ini, teknologi MiTarik ni digunakan dalam produk Mameechef yang resepinya disumbangkan oleh Dato’ Chef Ismail. Sekarang ini hanya ada perisa Tom Yam Thai. Budiey dengarnya, ada dua lagi perisa yang akan dikeluarkan tak lama lasi serentak dengan pelancaran MiTarik di Malaysia. Rasanya meenya lebih padat dan kenyal. Hashtag #Yummeh! Haha.
Budiey dikhabarkan, Zizan dan Kaka juga terlibat dengan pengambaran sebuah video klip untuk sebuah lagu yang dibuat khas untuk kempem #MiTarik. Kalau korang nak tahu lagu apa, nanti Budiey kasi tau. Bila dah siap video tu nanti, Budiey akan letak kat blog ni. Difahamkan, lagu itu adalah lagu yang diubah dan diolah semula dari sebuah lagu yang popular, Bawa Aku Pergi. Mesti gempak sebab lagu yang mereka nyanyikan semula ni diubah mengikut tema kempen ini. Jadi lirik dia ada kelainan sikit.
Korang jangan pula ke kedai untuk cari produk #MiTarik ni sebab produk ni masih belum dijual dan dilancarkan di pasaran. Produk ini akan mulai menjengah di pasaran bermula hujung Mac ini. Iklan TV untuk produk #MiTarik ini pun belum lagi dibuat. Budiey dengar, mereka akan buat pengambaran iklan pada 15 Februari ini bersama Zizan Razak.
Yang pasti, penduduk London, Amsterdam dan Manchester telah pun mencuba produk ini untuk pertama kalinya. Dan mereka telah diberi peluang untuk memberikan komen dan maklum balas untuk mempertingkatkan lagi rasa produk #MiTarik sebelum dipasarkan di Malaysia.
Kepada peminat Zizan Razak yang belum tahu, Zizan dan Kaka serta rombongan Mamee telah mendarat ke kota London pada 4 hingga 6 Februari lalu. Dari London mereka singgah ke Amsterdam dari 6 hingga 8 Februari. Kemudian, mereka akan ke Manchester pada 9 hingga 11 Februari dan akhir sekali mereka akan pulang semula ke Londoh pada 11 hingga 14 Februari di London.


7 Feb 2013

JoHaN Di JoHaRa PaGi ERa

Assalammualaikum..
Seperti yang diketahui ramai..isnin lalu JohaN telah kembali bertugas di Konti Radio Era..di Segmen JoHara Pagi Era setiap Isnin hingga Jumaat 6-10 pagi..so Welcome Back to JoHaN :-)
Hari ni admin nak upload audio rakaman JoHaRa Pagi Era pada hari isnin yg lalu 4 Feb 2013..kredit to Rin (Jozannerz Dsyg) atas video/audio dibawah ini..semoga semuanya terhibur mendengarnya. =)

Sembang JOHARA : Poyo bersama Awieehh [Part1]



Sembang JOHARA : Poyo bersama Awieehh [Part2]



Sembang JOHARA : Poyo bersama Awieehh [Part3]



Sembang JOHARA : Poyo bersama Awieehh [Part4]



GGMJ : Awiieehh..



JOHAN aka Awiieehh - Sayang


P/s~Jangan lupa vote JoHaN, ZizaN dan juga JOZAN untuk ABPBH secara sms/borang undian serta untuk kategori online..

4 Feb 2013

TraiLeR Dan Gambar2 LawaK Ke Der 2

Assalammualaikum..
Jangan lupa menonton Lawak Ke Der 2 dipawagam berhampiran bermula 7 Mac ini..jangan lepaskan peluang untuk melihat aksi2 lucu JOZAN dalam Lawak Ke Der 2 ini..Admin sertakan sekali Official Trailer Lawak Ke Der 2 dibawah ini..beserta beberapa gambar..



TraiLer Lawak Ke Der 2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...