Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







29 Apr 2013

KoLekSi GIF JOZAN- Sweet Moment Of JOZAN

Assalammualaikum..
Hari ni admin nak kongsikan gambar2 JOZAN yg animated (GIF) jadi pada semua boleh save dan jadikan sebagai koleksi masing2..layan k..

 ~Sweet Moment Of JOZAN~








Semua GIF diatas credit to WaNi..

26 Apr 2013

ANUGERAH BLOKBUSTER 2013 KEMBALI !!!!

Hai... saya amat2 pasti yang semua JOZANNERZ dah pon mengundi our twin JOZAN 
(JOHAN + ZIZAN) di #ANUGERAHBLOCKBUSTER kan??? dan saya amat2 berbangga jika kamu semua ada rasa tanggungjawap untuk menaikkan nama mereka dipersada seni tanahair... masih belum pernah mengundi? OMG!!! cepat undi ... undi secara online jer pon ok... pegi buka web ni sekarang  (copy paste pon ok jer)..


http://www.astrogempak.com.my/AnugerahBlokbuster2/kategori.aspx 


ANUGERAH BLOKBUSTER 2013


Tarikh                 15th June 2013
Tempat               Majlis Bandaraya Johor Bahru,Johor 
                          (akan ditanyangkan di “ASTRO RIA”)



15 kategori dipertaruhkan (2 daripadanya ditentukan oleh pihak penganjur)


1) Anugerah Filem Terhebat
2) Anugerah Tuan Direktor Terhebat
3) Anugerah Direktor Baru Terhebat
4) Anugerah Filem Aksi Terhebat
5) Anugerah Filem Kelakar Terhebat
6) Anugerah Filem Takut Terhebat
7) Anugerah Filem Drama Muzikal Terhebat
8) Anugerah Hero Terhebat
9) Anugerah Heroin Terhebat
10) Anugerah WatakPenjahat Terhebat
11) Anugerah Lagu Tema Terhebat
12) Anugerah Hero Baru Terhebat
13) Anugerah Heroin Baru Terhebat
14) Anugerah PFM (ditentukan oleh pihak PFM)
15)Anugerah Astro First Terhebat


CARA-CARA MENGUNDI (FASA 1) :- 
 bermula 19th April – 12pm on 10th May 2013 (untuk menentukan TOP 10)

Online:
• Login to official www. anugerahblokbuster.com.my(“Website”)to vote.
• Pengundi perlu  register di Website dengan menggunakan akaun Facebook account.
• Pengundi boleh undi sekali untuk semua kategori. 
***kalau ada bnyk akaun..buka semua akaun tu then undi jer


CARA-CARA MENGUNDI (FASA 2) :-
bermula 14th May – 12pm on 15th June 2013 (For the purpose of determining the final winner of each category).

Online:
• Login to official www. anugerahblokbuster.com.my(“Website”)to vote.
• Pengundi perlu  register di Website dengan menggunakan akaun Facebook account.
• Pendundi boleh undi sekali untuk semua kategori. 
***kalau ada bnyk akaun..buka semua akaun tu then undi jer

SMS:
• SMS AB1<space>Nominee name> send to 32888. 

Example: AB1<jarak>johan send to 32888.


Fasa 2 belum start lagi... kita concentrate kat fasa 1 dulu...   klo kita semua tgok bnyk jugak filem yang dibintangi 2 ikon kelab ni... hantu kapcai, bujang terlajak, baik giler, ponti vs omni, mael lambung, jangan pandang2, Bohsia - Jalan kembali dll ... so korang JOZANNERZ.. pandai2 la nk vote sapa2 pon.. memang agak fenin jugak la nk vote... serbasalah.. so kita ikut kata hati.. undian anda adalah RAHSIA ..hehehehe ... saya yakin salah seorg dr ikon kita akan bawa trofi TERHEBAT tu... dan disinilah kita buktikan sokongan kita kepada mereka berdua...  Good luck untuk BRO kita JOHAN + ZIZAN (JOZAN)
 




SELAMAT MENGUNDI !!!!! 

Rujukan :
http://www.astrogempak.com.my/AnugerahBlokbuster2/kategori.aspx 
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AnugerahBlockbuster2diJohor/Article/index_html 
http://www.ammboi.com/2013/04/16/anugerah-blockbuster-2012-undian-peringkat-kedua-kini-bermula/
http://www.era.fm/Interaktif/Gosip-Mossip-Mak-Jemah--GMMJ/April-2013/Anugerah-Blokbuster-Akan-Kembali.aspx
 

GaMBar2 JOZAN Di Minggu Kedua RaJa Lawak Musim ke-7






18 Apr 2013

GamBar2 JOZAN & Full ViDeo RL7 Minggu Pertama






Episod Penuh Gelanggang Raja Lawak Musim Ke-7 Minggu Pertama..


Selamat menonton & semoga terhibur..

Gambar2 credit to Kak Mas dan Facebook..

16 Apr 2013

PuJi Sikap JoHaN..



Biarpun gagal membawa pulang sebarang trofi pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, Ahad lalu, tetapi Kak Pora tetap ingin mengucapkan tahniah kepada Johan Raja Lawak. Pada mata Kak Pora, Johan tidak gagal kerana pada malam kemuncak itu rasanya dia paling menyerlah di pentas.
Kalau ditanya kepada orang ramai, Kak Pora percaya semua akan mengakui betapa hebatnya Johan di pentas ABPBH 2012 malam itu sebagai pengacara bersama di samping Fara Fauzana dan Zizan Razak. Tidak mengapa Johan, biar tewas pada undian namun di mata peminat, dia ialah pemenang sejati dengan kelebihan dan kekuatan bakat semulajadinya. 

Kak Pora percaya Johan juga menaruh harapan untuk mempertahankan kejayaannya sebagai Artis Komedi Lelaki Popular yang dimenanginya pada edisi ABPBH 201. Namun, apa boleh buat, rezeki tidak berpihak kepadanya apabila trofi itu beralih kepada gandingannya dalam Jozan iaitu Zizan.
Seperkara yang ingin Kak Pora puji mengenai Johan, dia seorang yang komited malah begitu profesional dalam menjalankan tanggungjawabnya pada malam itu. Banyak idea kreatif yang terbit spontan daripadanya, malah Kak Pora memang tabik apabila dia berani melakonkan parodi lagu popular Shae, Sayang yang membuat Stadium Putra, Bukit Jalil bergegar dengan telatah lucunya itu.

Melihat cara Johan, fara dam Zizan bekerja, Kak Pora yakin mereka akan bertahan lama jika terus kekal positif begitu. 

TAK SIA-SIAKAN PELUANG.

Bukan mahu membodek, tetapi Kak Pora nampak dengan mata sendiri Johan tidak mensia-siakan peluang yang mungkin datang sekali seumur hidup. Bertuah dia kerana beristerikan Ozlynn Wati yang turut bertindak sebagai pengurusnya. Setiap kali laluan iklan, Ozlynn akan mendekati Johan untuk mengingatkan apa yang perlu dilakukan. Mungkin itu antara faktor yang membantu Johan untuk terus laris sebagai pengacara. Kak Pora yakin, bukan sesuatu yang mustahil jika pada musim akan datang, Johan mampu membuat ramai artis berputih mata jika dia kekal membawa semangat yang sama.

Kak Pora juga nak ucapkan tahniah kepada Johan kerana kolaborasinya dengan Zizan menghadiahkan mereka trofi Gandingan Serasi Di Layar menerusi undian dalam Online ABPBH 2012. 

Sumber Artikel Berita Minggu-14 April
credit to Iman Jozannerz..

15 Apr 2013

ZiZaN & ABPBH 2012



Artikel credit to- http://www.gua.com.my..

P/s- Happy Birthday Zizan ^_^ 

HOLA HOLIIII ...#JOZANNNERZ

Haiiii... ... ramai yang sms / PM (FB) / DM(Twitter) dan ada jugak yang whatapp akak tanya.. CAMNE NAK SERTAI JOZAN FC dan jadi sebahagian dr #Jozannerz ... senang je dik.. kat dalam FB (jozanmaharajalawak fan club's (official page) ada ruang dokumen, dlm tu akak pernah masukkan borang keahlian. boleh print out dan email ke email address akak je atokmas8081@yahoo.com. dalam blog ni pon ada borang tu di sebelah kiri... cuma ramai yg tak tahu cara nk print bg cantik... kan?... akak sertakan sekali borang tu kat sini... soal bayaran menjadi ahli... buat masa ni korang tak perlu bayar apa2, fill up form tu dulu... kelebihan menjadi ahli... 1..korang boleh sertai mana2 event yang dianjurkan oleh JOZANFC atau kerjasama ngan mana2 kelab yg ingin kan kita join diorg. 2 (pastinya ada JOHAN + ZIZAN la) kan.. hehehe .. korang akan rasa amat dihargai sebagai fan ikon kelab ni.. (JOHAN + ZIZAN)... mereka berdua tu selalu sgt ucapkan TQ dan meraikan fan2 diorg... 3... yang tak ramai kawan tu... JOZANFC membuka peluang menambah kenalan kan?.. hehehehe... 4...korang yang sertai kelab ni senang2 je dapat info berkaitan JOZAN (JOHAN + ZIZAN) ... senang sgt klo nk tau info berkaitan diorg tu... kena lah rajin2 lawat blog ni... rajin2 ke FB (www.http://JOZAN MAHARAJALAWAK FAN CLUB'S (Official Page), twitter pon ada.. follow je @JOZANFCOfficial, instagram JOZAN FC ... OK?... dinasihatkan kepada semua ahli2 JOZANFC ni... minta sgt.. tak payah pertikaikan kehandalan sapa2 mean JOHAN atau ZIZAN... hormat je nama kelab ni JOZAN ... iaitu JOHAN + ZIZAN... dan minta tolong sgt2 jika mereka perlukan pertolongan kamu... seikhlasnya bantulah mereka.. cam undi ke, join event ke, beli product mereka ke.. semua tu membantu walaupon tak seberapa... cukup sekadar ikhlas. kamu semua sayang mereka kan?... so JOM SUPPORT MEREKA SEPANJANG KARIER MEREKA.. #WELOVEJOZAN 
 
 
Ikhlas dari,
KAK MAS (JOZANFC) 
@MASABDULHAMID (Twitter)
MASABDULHAMID (Instagram)
MAS ABDUL HAMID (FB) 

 


 

 


11 Apr 2013

JOZAN CUTZ IN ABPBH 2012 (VIDEO)

Assalammualaikum..
Hari ni admin nak kongsikan video yang telah diedit yang hanya memaparkan JOZAN ketika ABPBH 2012 brlangsung baru-baru ini..semoga terhibur..video dibawah credit to Aishah Humaira..

JOZAN IN ABPBH PART 1


JOZAN IN ABPBH PART 2


JOZAN IN ABPBH PART 3

9 Apr 2013

JOZAN GEGAR ABPBH 2012

Assalammualaikum..
Ahad yang lalu berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 yang menyaksikan Zizan, Farah Fauzana dan JoHaN menjadi pengacara ABPBH pada edisi kali ini..dan ternyata gandingan JoZaN dipentas ABPBH memantapkan dan memeriahkan lagi ABPBH. Mereka bukan sahaja mengacara malah turut membuat persembahan bersama-sama menerusi lagu Aku Maafkan Kamu. Di samping itu Parody lagu Sayang oleh JoHaN juga turut disukai ramai..

                           
Tahniah pada JOZAN kerana berjaya memenangi Anugerah Gandingan Di Layar Serasi (Kategori Online) terima kasih pada semua peminat JOZAN yang x jemu2 mengundi dan menyokong JoZaN..
Tahniah pada ZiZaN kerana menang Artis Komedi Lelaki Popular (Kategori Utama) dan juga menang 4 lagi anugerah untuk Kategori Online iaitu Artis Asia Paling Popular, Artis Lelaki Stailo, Artis Berpengaruh Di Laman Media Sosial dan Gandingan di Layar Serasi (bersama JoHaN). Walaupun JoHaN tidak menang untuk kategori utama dia tetap menang dihati semua peminat2nya bak kata Johan"Trofi saya adalah peminat2 saya". Insyaallah tahun seterusnya JOZAN akan sama2 menang..

Jom kita tengok pula video Parody Sayang oleh JoHan dan Video JOZAN berduet untuk lagu Aku Maafkan Kamu..semoga terhibur..



credit to owner gambar2 diatas..

Jangan lupa tengok gelagat JOZAN dalam Raja Lawak Musim ke 7.

5 Apr 2013

KoLekSi ViDeo JOZAN FroM JoZaNNerz

Assalammualaikum..
Hari ni admin nak kongsikan beberapa video2 JOZAN yang dibuat oleh para Jozannerz sekalian..terima kasih kerana sudi membuat video2 JOZAN yang sungguh sweet dan menarik..semoga semua terhibur menonton video2 mengenai JOZAN dibawah ini..credit pada semua owner video dibawah...

1~ JOZAN SahaBat SeLamaNya (video by hana kimi)


2~JoZan-Suratan Atau KebetuLan (video by Destiny Chan)


3~JOZAN @ PercaYa PaDaKu.. (video by merahputeh90)


4~JoZan- This I Promise You.. (video by 87snowgirl)


5~JOZAN Sweet Friendship.. (video by jozannersclub)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...