Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.
Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.
Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.
16 Apr 2013
PuJi Sikap JoHaN..
Biarpun gagal membawa pulang sebarang trofi pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, Ahad lalu, tetapi Kak Pora tetap ingin mengucapkan tahniah kepada Johan Raja Lawak. Pada mata Kak Pora, Johan tidak gagal kerana pada malam kemuncak itu rasanya dia paling menyerlah di pentas.
Kalau ditanya kepada orang ramai, Kak Pora percaya semua akan mengakui betapa hebatnya Johan di pentas ABPBH 2012 malam itu sebagai pengacara bersama di samping Fara Fauzana dan Zizan Razak. Tidak mengapa Johan, biar tewas pada undian namun di mata peminat, dia ialah pemenang sejati dengan kelebihan dan kekuatan bakat semulajadinya.
Kak Pora percaya Johan juga menaruh harapan untuk mempertahankan kejayaannya sebagai Artis Komedi Lelaki Popular yang dimenanginya pada edisi ABPBH 201. Namun, apa boleh buat, rezeki tidak berpihak kepadanya apabila trofi itu beralih kepada gandingannya dalam Jozan iaitu Zizan.
Seperkara yang ingin Kak Pora puji mengenai Johan, dia seorang yang komited malah begitu profesional dalam menjalankan tanggungjawabnya pada malam itu. Banyak idea kreatif yang terbit spontan daripadanya, malah Kak Pora memang tabik apabila dia berani melakonkan parodi lagu popular Shae, Sayang yang membuat Stadium Putra, Bukit Jalil bergegar dengan telatah lucunya itu.
Melihat cara Johan, fara dam Zizan bekerja, Kak Pora yakin mereka akan bertahan lama jika terus kekal positif begitu.
TAK SIA-SIAKAN PELUANG.
Bukan mahu membodek, tetapi Kak Pora nampak dengan mata sendiri Johan tidak mensia-siakan peluang yang mungkin datang sekali seumur hidup. Bertuah dia kerana beristerikan Ozlynn Wati yang turut bertindak sebagai pengurusnya. Setiap kali laluan iklan, Ozlynn akan mendekati Johan untuk mengingatkan apa yang perlu dilakukan. Mungkin itu antara faktor yang membantu Johan untuk terus laris sebagai pengacara. Kak Pora yakin, bukan sesuatu yang mustahil jika pada musim akan datang, Johan mampu membuat ramai artis berputih mata jika dia kekal membawa semangat yang sama.
Kak Pora juga nak ucapkan tahniah kepada Johan kerana kolaborasinya dengan Zizan menghadiahkan mereka trofi Gandingan Serasi Di Layar menerusi undian dalam Online ABPBH 2012.
Sumber Artikel Berita Minggu-14 April
credit to Iman Jozannerz..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment