Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







30 Sept 2012

T-Shirt JOZAN Versi Lawak Ke Der 2



Dapatkan T-Shirt JOZAN Versi Lawak Ke Der 2..Boleh PM Facebook Dekya Ismail..cepat! sementara Stok Masih ada..

29 Sept 2012

ViDeo JOZAN KetiKa di KoNti RaDio Era dan SiNar FM.


Assalammualaikum..
mengimbas kembali JOZAN ketika diinterview di Radio ERa.FM dan juga SiNar.FM..serta ketika mereka sedang sama2 main gitar untuk lagu Bawa ku Pergi di JoHaRa Pagi Era..semoga korang terhibur menonton video2 JOZAN dibawah ini..

1~Serasi Bersama Johan & Zizan Raja Lawak di ERA..


2~SiNar Pagi Bersama JOZAN di SiNar FM


3~ZizaN,KaKa & JoHaN di JoHaRa Pagi Era


Sumber:Youtube

28 Sept 2012

FiLeM ZizaN~HaNTu KaPcHai Di PawaGaM SekaraNg!

 
Assalammualaikum...

Filem Zizan yang terbaru iaitu Hantu Kapchai telah pun ditayangkan di pawagam mulai semalam 27 September 2012..jadi pada semua jangan lupa menonton di pawagam yer..ternyata komen-komen orang ramai terhadap filem ini sangat positif dan baik. Filem Hantu Kapchai sangat menghiburkan jadi memang tak rugi korang menontonnya di pawagam.So pada korang semua cepat2 pergi menonton filem ini di pawagam yang berdekatan. Pelakon-pelakon filem ini terdiri daripada Zizan Razak, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Izzue Islam, Neelofa, Hairul Azreen dan ramai lagi..
Sinopsis Filem Hantu Kapchai
Hantu Kapchai berkisar tentang Ajib (Zizan), Seorang Mat Rempit yang kesempitan wang terjebak dalam perlumbaan haram dengan musuh ketatnya Tiger (Remy Ishak) demi memenangi wang pertaruhan. Bagi memastikan kemenangan berpihak padanya. Tiger telah mensabotaj perlumbaan itu dan akhirnya menyebabkan Ajib kemalangan dan meninggal dunia. Ajib yang muncul sebagai hantu, namun hanya mampu dilihat oleh calon Imam Muda di kampungnya iaitu Ibrahim (Fizz Fairuz). Ibrahim berusaha mencari jalan untuk menyakinkan keluarga Ajib serta memberi semangat kepada adik Ajib iaitu Akim (Hairul Azreen) untuk menuntut bela sekaligus menebus hutang Ajib.
Trailer Filem Hantu Kapchai


Nantikan juga Filem terbaru JoHaN Raja Lawak arahan Afdlin Shauki di Pawagam November ini
Pontianak Vs Orang Minyak

27 Sept 2012

JOZAN DaLaM LaWaK Ke DeR 2 Di IstaNa BuDaYa.

Assalammualaikum...
Esok berlangsungnya Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya yg akan menampilkan pelawak2 handalan tanah air termasuklah JOZAN..so pada sape2 yang dah beli tiket untuk menyaksikan Lawak Ke Der 2 diucapkan selamat menonton..semoga terhibur dan selamat bergelak ketawa =)
pada yang belum ada tiket cepat2 lah dapatkan sebelum tiket semua habis dijual..
.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...