Assalammualaikum...
Filem Zizan yang terbaru iaitu Hantu Kapchai telah pun ditayangkan di pawagam mulai semalam 27 September 2012..jadi pada semua jangan lupa menonton di pawagam yer..ternyata komen-komen orang ramai terhadap filem ini sangat positif dan baik. Filem Hantu Kapchai sangat menghiburkan jadi memang tak rugi korang menontonnya di pawagam.So pada korang semua cepat2 pergi menonton filem ini di pawagam yang berdekatan. Pelakon-pelakon filem ini terdiri daripada Zizan Razak, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Izzue Islam, Neelofa, Hairul Azreen dan ramai lagi..Sinopsis Filem Hantu Kapchai
Hantu Kapchai berkisar tentang Ajib (Zizan), Seorang Mat Rempit yang kesempitan wang terjebak dalam perlumbaan haram dengan musuh ketatnya Tiger (Remy Ishak) demi memenangi wang pertaruhan. Bagi memastikan kemenangan berpihak padanya. Tiger telah mensabotaj perlumbaan itu dan akhirnya menyebabkan Ajib kemalangan dan meninggal dunia. Ajib yang muncul sebagai hantu, namun hanya mampu dilihat oleh calon Imam Muda di kampungnya iaitu Ibrahim (Fizz Fairuz). Ibrahim berusaha mencari jalan untuk menyakinkan keluarga Ajib serta memberi semangat kepada adik Ajib iaitu Akim (Hairul Azreen) untuk menuntut bela sekaligus menebus hutang Ajib.
Trailer Filem Hantu Kapchai
Nantikan juga Filem terbaru JoHaN Raja Lawak arahan Afdlin Shauki di Pawagam November ini
Pontianak Vs Orang Minyak
2 comments:
yezza sayang zizan sayang jozan :)
salam sahabat dari wong jowo.....thanks
Post a Comment