Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







30 Oct 2014

Johan 'Abe Macho' Tepati Ramalan Juara Super Spontan 2014

Seperti yang telah diramalkan, Johan 'Abe Macho'  telah dinobatkan sebagai juara Super Spontan 2014. Dengan kemenangan ini Johan telah membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, sebuah Toyota Camry dan trofi.
 Naib Juara menjadi milik Shahrul ‘Super Gayung’ yang menerima wang tunai sebanyak RM50,000, diikuti Shuib ‘Raksasa Comey’ ditempat ketiga bersama wang tunai  berjumlah RM25,000. Masing-masing telah menerima trofi Super Spontan 2014.
 
Manakala Achey (Acik Gelek), Yus ‘Sugar Kane’ dan Tauke ‘John Senah’ masing-masing berada di tempat keempat, kelima dan keenam turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 berserta sebuah trofi.
 Gelanggang akhir Super Spontan 2014 telah berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC) pada malam Jumaat lalu dan telah disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134).
 
Program ini turut menampilkan Afdlin Shauki dan Adlin Aman Ramli sebagai Pengacara, Ray dan Hanif sebagai pengadil perlawanan manakala Amir Raja Lawak sebagai pembantu pengacara.

tahniah Johan!!!
JOZAN Di Program MeleTOP pada 28 Oktober yg lalu..always sweet together.. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...