Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







30 Mar 2013

LaWaK MinGGu iNi BerSaMa ZiZaN

Assalammualaikum..
Pada sesiapa yang terlepas menonton Lawak Minggu Ini Bersama Zizan yang disiarkan di tv baru2 ini bolehla menonton video dibawah..selamat bergelak ketawa dan semoga terhibur melihat telatah Zizan dan rakan2 yang lain dalam Lawak Minggu Ini..

Lawak Minggu Ini Bersama ZizaN (Last Episode)

26 Mar 2013

JoHaN, ZizaN DaLaM MaJaLaH EdiSi ApRiL

Assalammualaikum..
Kepada semua peminat JOZAN jangan lupa dapatkan Majalah Maskulin dan Majalah Glam Lelaki edisi bulan April yang mana cover depan majalah tersebut adalah JoHaN (MasKuLin) dan ZizaN (Glam Lelaki) jadi dapatkan kedua-dua majalah berkenaan di pasaran sekarang..banyak cerita menarik mengenai mereka di dalam majalah tersebut..rugi kalau tak dapatkan..kedua-dua mereka menjadi cover majalah berkenaan untuk edisi April jadi harus dapatkan okey.. ^_^

JoHaN Dalam MajaLah MasKuLiN


ZiZaN DalaM MaJaLaH GLaM LeLaKi


Gambar2 Kredit to Facebook...

19 Mar 2013

THANKS A LOT

Thank you kepada semua super support JOZANFC JOHANFC JOHANFCSG ZFC @ZTF_Official
ZLS kerana sentiasa bersedia untuk memberi sokongan kepada 2 ikon kelab ini  @JohERAJohERA (JOHAN) + @zizanrajalawak (ZIZAN) . Berbagai event dijalankan demi mencapai satu tujuan iaitu sama2 membawa mereka ketangga yang tertinggi dalam karier mereka. Johan dan Zizan ..2 nama yang berbakat besar dalam industri seni tanahair.  Masing2 punya bakat sdri... Mereka berdua harus berbangga kerana mempunyai banyak cabang fan club yang membantu mereka dalam semua aspek. Berbagai usaha telah dilakukan demi 2 org ikon kesayangan seperti #paperparty yg dilakukan oleh #ZTF yang bertujuan mengundi ikon untuk melayakkan ikon menerima award di #ABPBH yang akan berlangsung pada 7 April 2013 .. menonton filem #LKD2 dipawagam bersama ikon juga telah dilakukan. Sambutan hangat telah diberikan oleh fan2 yang ada. Cayalah!!! ... Seharusnya juga, fan2 bersyukur kerana adanya 2 org hamba Allah yang hebat dipersada seni dapat turun padang untuk sama2 meraikan setiap event yang dibuat oleh kelab2 tertentu. 

IN SHAA ALLAH.... Doakan mereka sentiasa berada di ruang paling tinggi seperti yang kita mahu dalam karier mereka dan semoga apa yang mereka lakukan adalah sentiasa yang terbaik dan diredhai. 

 

18 Mar 2013

PapeR PaRty MeGa & Movie Day Out Zizan Twitter FamiLy

Assalammualaikum..
Pada tanggal 10 Mac yang lalu berlangsungnya Paper Party Mega ZTF (Zizan Twitter Family) di Pizza Hut Ampang Park. Paper Party Mega ini diadakan oleh ZTF untuk mengundi Zizan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian..Ramai ahli ZTF yang datang pada hari berkenaan. Tidak terkecuali Zizan & Family juga turut meluangkan masa untuk turut menghadiri acara Paper Party Mega ZTF. Jom layan gambar-gambar dibawah yer..




Setelah tamat Paper Party Mega, berlangsung pula Movie Day Out ZTF pada waktu petang..kesemua ahli ZTF pergi menonton Filem Lawak Ke Der 2 di pawagam..

Gambar2 diatas Kredit to FB ZTF (Zizan Twitter Family)

Nak Baca tentang Movie Day Out With JoHaN dan JTF boleh klik SINI..

15 Mar 2013

Movie Day Out With JoHaN Lawak Ke Der 2

Assalammualaikum..
Pada 8 Mac yang lalu telah berlangsungnya Movie Day Out with JoHan di Wangsa Walk pada pukul 8 malam..kesemua peminat iaitu Johan FC, JTF dan JoZaN FC berkumpul di sana, kemudian ramai2 pergi menyaksikan tayangan filem Lawak Ke Der 2 bersama JoHan. Ternyata sambutan yang diberikan memang meriah, ramai yang hadir pada hari berkenaan..Perjumpaan tersebut adalah juga merupakan Gathering pertama JTF (Johan Twitter Family)..Atas sambutan yang memberangsangkan maka Movie Day Out with JoHaN Dibuat untuk kedua kalinya iaitu pada esok iaitu Hari Sabtu di Wangsa Walk..
So pada yang nak menyertainya bolehla ke FB Johan Raja Lawak Fc ataupun FB JTF untuk keterangan lanjut yer..apapun jom tengok gambar2 sekitar Movie Day Out With JoHan pada 8 Mac yang lalu..



Johan With Kak Mas =)

Gambar2 diatas credit to FB JTF ngan Instagram Kak Mas Abdul Hamid.

Nak Baca tentang Paper Party & Movie Day Out ZTF boleh klik SINI...

10 Mar 2013

FiLeM LaWak Ke Der 2 Ditayangkan Di PaWaGam SeKaRanG

Assalammualaikum...
Filem Lawak Ke Der 2 telah pun ditayangkan di pawagam sekarang..jadi kepada semua jangan lupa menonton filem ini dipawagam yg berdekatan dgn korang..Semoga terhibur hendaknyer, jadi sebelum tu mari kita tengok gelagat JoHaN dan Hans Isaac ketika ditemuramah di Gala TV, Astro Awani mengenai filem Lawak Ke Der 2 baru-baru ini..selamat menonton video dibawah ini ;-)



3 Mar 2013

ZiZaN HoS ABPBH BersaMa Farah Fauzana



Assalammualaikum..
Baru-baru ini pihak ABPBH telah mengumumkan siapa Pengacara ABPBH 2012 yang akan berlangsung pada 7 April nanti..ternyata Zizan dan Farah Fauzana telah dipilih sebagai pengacara pada Majlis anugerah tersebut..Tahniah kepada Zizan kerana terpilih buat kali ketiga berturut-turut sebagai Hos ABPBH..apapun kepada Jozannerz semua, teruskan mengundi JOHAN & ZIZAN Semoga kedua-duanya menang amin..

Cara2 mengundi JOHAN dan ZIZAN menerusi SMS


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...