Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







15 Mar 2013

Movie Day Out With JoHaN Lawak Ke Der 2

Assalammualaikum..
Pada 8 Mac yang lalu telah berlangsungnya Movie Day Out with JoHan di Wangsa Walk pada pukul 8 malam..kesemua peminat iaitu Johan FC, JTF dan JoZaN FC berkumpul di sana, kemudian ramai2 pergi menyaksikan tayangan filem Lawak Ke Der 2 bersama JoHan. Ternyata sambutan yang diberikan memang meriah, ramai yang hadir pada hari berkenaan..Perjumpaan tersebut adalah juga merupakan Gathering pertama JTF (Johan Twitter Family)..Atas sambutan yang memberangsangkan maka Movie Day Out with JoHaN Dibuat untuk kedua kalinya iaitu pada esok iaitu Hari Sabtu di Wangsa Walk..
So pada yang nak menyertainya bolehla ke FB Johan Raja Lawak Fc ataupun FB JTF untuk keterangan lanjut yer..apapun jom tengok gambar2 sekitar Movie Day Out With JoHan pada 8 Mac yang lalu..



Johan With Kak Mas =)

Gambar2 diatas credit to FB JTF ngan Instagram Kak Mas Abdul Hamid.

Nak Baca tentang Paper Party & Movie Day Out ZTF boleh klik SINI...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...