Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







6 Jan 2014

SI WAYAR PUTUS



6 Januari 2014 (Isnin) ... malam ni jam 8.30 ..korang bukak la channel 119 (Astro) TV9 ... kita tgok sama2 lakonan mantap JOHAN & OZLYN... Kisah yang menceritan tentang perjalanan Kahel membawa Sattar dari pusat rawatan mental demi memenuhi permintaan ayahnya yang sakit untuk berjumpa dengan Sattar. Pelbagai kisah lucu yang berlaku dalam perjalanan itu. Huru-hara yang dicetuskan Sattar memberi masalah kepada Kahel tetapi dia bijak menyelesaikannya dengan bantuan Wani yang juga merupakan jururawat di pusat rawatan mental itu. Malangnya, laluan untuk membawa pak cik Sattar menemui bapanya tidak semudah yang disangkakan kerana Kahel telah diganggu oleh geng Ah-Lim yang mahu menuntut hutangnya daripada Kahel. 

Drama ini adalah terbitan AFS Pictures Sdn Bhd milik BOY IMAN. Selain JOHAN dan OZLYN ramai lagi pelakon lain seperti Kazaruddin, Hairi Safwan, Sharifah Sakinah, Aisyah Atan, Achong Sweetchild, Boy Iman ... pasti mantap. 





Jangan lupa temujanji korang dengan JOHAN ya ... 

Thanks to :- 

1 Jan 2014

JOZAN Antara Personaliti Paling Berpengaruh Dlm Dunia Hiburan 2013



Selain JOZAN, Yuna, Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz, Nora Danish, Shila Amzah, Nabila Huda dan Sharifah Amani turut tersenarai sebagai Personaliti paling berpengaruh dlm dunia hiburan 2013.

SUMBER..

P/s- Selamat Tahun Baru 2014 teruskan menyokong JOZAN..

Gambar diatas credit to Hazirah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...