Seperti yang telah diramalkan, Johan 'Abe Macho' telah dinobatkan sebagai juara Super Spontan 2014. Dengan kemenangan ini Johan telah membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, sebuah Toyota Camry dan trofi.
Naib Juara menjadi milik Shahrul ‘Super Gayung’ yang menerima wang tunai sebanyak RM50,000, diikuti Shuib ‘Raksasa Comey’ ditempat ketiga bersama wang tunai berjumlah RM25,000. Masing-masing telah menerima trofi Super Spontan 2014.
Manakala Achey (Acik Gelek), Yus ‘Sugar Kane’ dan Tauke ‘John Senah’ masing-masing berada di tempat keempat, kelima dan keenam turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 berserta sebuah trofi.
Gelanggang akhir Super Spontan 2014 telah berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC) pada malam Jumaat lalu dan telah disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134).
Program ini turut menampilkan Afdlin Shauki dan Adlin Aman Ramli sebagai Pengacara, Ray dan Hanif sebagai pengadil perlawanan manakala Amir Raja Lawak sebagai pembantu pengacara.
tahniah Johan!!!
JOZAN Di Program MeleTOP pada 28 Oktober yg lalu..always sweet together.. ;)
No comments:
Post a Comment