Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







9 Apr 2013

JOZAN GEGAR ABPBH 2012

Assalammualaikum..
Ahad yang lalu berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 yang menyaksikan Zizan, Farah Fauzana dan JoHaN menjadi pengacara ABPBH pada edisi kali ini..dan ternyata gandingan JoZaN dipentas ABPBH memantapkan dan memeriahkan lagi ABPBH. Mereka bukan sahaja mengacara malah turut membuat persembahan bersama-sama menerusi lagu Aku Maafkan Kamu. Di samping itu Parody lagu Sayang oleh JoHaN juga turut disukai ramai..

                           
Tahniah pada JOZAN kerana berjaya memenangi Anugerah Gandingan Di Layar Serasi (Kategori Online) terima kasih pada semua peminat JOZAN yang x jemu2 mengundi dan menyokong JoZaN..
Tahniah pada ZiZaN kerana menang Artis Komedi Lelaki Popular (Kategori Utama) dan juga menang 4 lagi anugerah untuk Kategori Online iaitu Artis Asia Paling Popular, Artis Lelaki Stailo, Artis Berpengaruh Di Laman Media Sosial dan Gandingan di Layar Serasi (bersama JoHaN). Walaupun JoHaN tidak menang untuk kategori utama dia tetap menang dihati semua peminat2nya bak kata Johan"Trofi saya adalah peminat2 saya". Insyaallah tahun seterusnya JOZAN akan sama2 menang..

Jom kita tengok pula video Parody Sayang oleh JoHan dan Video JOZAN berduet untuk lagu Aku Maafkan Kamu..semoga terhibur..



credit to owner gambar2 diatas..

Jangan lupa tengok gelagat JOZAN dalam Raja Lawak Musim ke 7.

2 comments:

Unknown said...

alhamdulillah zizan and johan win Anugerah Gandingan Di Layar Serasi kategori online

Unknown said...

alhamdulillah zizan and johan win Anugerah Gandingan Di Layar Serasi kategori online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...