Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







28 Oct 2013

TERIMA KASIH SEMUA


Website Analysis telah membuat kajian bahawa blog ini ( jozanrajalawakfc.blogspot.com ) telah diikhtiraf sebagai blog yang aktif (90%). sila baca seterusnya di http://www.coolsocial.net/sites/www/jozanrajalawakfc.blogspot.com.html  .. Kami amat berbangga dengan usaha ini.. Thanks kepada follower di Twitter @JOZANFC_Official  kerana banyak memberi sumbangan menaikkan nama JOZAN. 

Kami pihak admin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda semua dalam usaha mengikhtiraf JOHAN & ZIZAN a.k.a JOZAN sebagai ikon paling power dalam industri seni tanahair kita ... Pihak admin berharap agar anda semua terus menyokong JOZAN.



TERUS MENYOKONG JOZAN !!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...