Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







28 Oct 2013

JOHAN MARA KE FINAL SUPERSPONTAN


Rancangan SUPER SPONTAN 2013 sudah hampir ke kemuncank.. Siapakah yang bakal membawa pulang RM100,000.00???? kita yang tentukan .. 

Tahniah buat finalist Yus, Tauke, Rahim, Nabil, Jep dan special buat JOHAN. Semua sudah sedia maklum untuk final SS undian adalah kepada individu... so kita semua kena vote org perseorangan ... apalagi... tugas kita buat undian untuk JOHAN la kan...undian telah dibuka dan akan ditutup pada hari JUMAAT sebelum berakhirnya SS... 

CARA UNDIAN SMS :-
TAIP SS3/5/10/20 JOHAN HANTAR KE 32777 

alang2 nk ndi hantar jer 
SS20 JOHAN KE 32777

Kita semua tahu minggu terakhir SS di Showroom Studio, Bandar Sri Damansara ... ramai yang sedar bahawa JOHAN paling ketara dalam permainan SOAL MENYOAL... kita semua tahu JOHAN memang terbiasa ngan permainan tersebut kerana beliau isnin sampai jumaat dok berlatih di era.fm . Disampaing mengundi mari kita sama2 berdoa untuk kejayaan nya di SUPER SPONTAN FINAL 1 November ini. 

Make sure korang tak ketinggalan untuk menonton FINAL SUPER SPONTAN di saluran ASTRO WARNA (132) dan ASTRO MUSTIKA HD (134) pada 1 NOVEMBER 2013 (JUMAAT) jam 10.00 P.M. Untuk yang nk menonton live sila datang ke DEWAN KENANGAN MPSP, SG. PETANI, KEDAH. 


Apa2 pon kami pihak admin JOZANFC mengucapkan TAHNIAH buat JOHAN kerana berjaya mara ke FINAL ... kami sentiasa berdoa agar kejayaan berpihak kepada brother kesayangan JOZANNERZ semua  ~JOHAN~ 
Pastikan korang undi JOHAN tau!!!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...