Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







5 Nov 2012

Cerita JoHaN Dalam AkhBar Berita HaRiaN 5Nov2012

Assalammualaikum...
Hari ni admin nak kongsikan satu artikel mengenai JoHaN yang disiarkan di akhbar Berita Harian bertarikh 5 November 2012..

Siapa boleh menafikan kehadiran Johan dalam keluarga stesen radio Era FM memberi impak besar. 
Biarpun berkali-kali si empunya diri menafikan hakikat itu, jelas taruhan dibuat stesen radio popular itu ‘menjadi’ hingga muncul stesen No 1 di Malaysia dalam kajian Pengukuran Pendengar Radio Nielsen 2012 yang diumumkan, baru-baru ini. 
Tidak hairanlah, pelakon dan pelawak yang dicungkil bakatnya melalui program realiti Raja Lawak ini sentiasa mendapat perhatian stesen lain yang cuba menyuntingnya. HIP difahamkan, Johan atau nama sebenarnya, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz ‘dipancing’ stesen lain untuk bertugas di konti mereka. Khabarnya, ada stesen radio cuba mengumpan Johan dengan tawaran yang cukup lumayan. 

Saat diajukan pertanyaan ini kepada lelaki berusia 28 tahun ini, Johan mengakui menerima tawaran untuk berhijrah ke stesen lain. Johan juga tidak menafikan menerima bayaran yang cukup lumayan. Namun, jujur katanya, hatinya masih setia dengan radio Era dan belum terlintas meninggalkan stesen itu.

Nafi anak emas '

"Memang ada stesen radio yang menawarkan saya menjadi penyampai di stesen radio mereka. 
“Namun, saya lebih selesa bertugas di radio Era buat masa ini. Wang bukanlah perkara utama yang saya fikirkan kerana apa yang penting, keserasian serta keselesaan saya ketika bertugas. 
“Pengurusan radio Era sangat bertolak ansur dan faham situasi saya serta tidak terlalu menekan," luah Johan ketika ditemui pada majlis kesyukuran Radio Era FM di Rumah Amal Belaian Kasih (RAKEBA) di Hulu Klang, malam Jumaat lalu. 
Turut hadir di majlis itu, Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran serta barisan penyampai lain seperti Hanif, Ray, Ira, Zahid serta deejay baru, Aril. Johan bertugas untuk slot pagi iaitu JoHaRa bersama Ray dan Hanif. 
Diusik apakah benar dia ‘anak emas’ radio Era hingga diberi layanan kelas A, Johan menafikannya. 
"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kejayaan Era menduduki tempat pertama bukanlah disebabkan satu pihak semata-mata.

“Kami bekerja secara berkumpulan. Semua pihak daripada pengurus saluran, penerbit, penyusun lagu, semuanya memberi sumbangan sehingga Era berjaya mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio paling popular dua kali berturut-turut. 
“Kami boleh diibarat pasukan pemain bola. Ada penyerang, bahagian pertahanan dan penjaga gol. Semuanya memainkan peranan masing-masing," ujar Johan berkias.

Jarang muncul di televisyen, filem boleh jejas populariti? 

Sejak menggalas tanggungjawab sebagai penyampai radio, kelibat Johan diakui jarang dilihat dalam filem ataupun drama. Jika adapun, hanya naskhah yang dihasilkan lebih awal iaitu sebelum dia bertugas di konti. 
Mengulas lanjut perkara itu, suami kepada pelakon, Ozlynn Waty ini berkata, bukan tidak ada tawaran berlakon yang diterima, tetapi tugas di konti menghalang dirinya aktif dalam bidang lakonan. 
"Saya ada masalah untuk tidur, tetapi bangun pagi tiada masalah. Jika saya mengambil tawaran berlakon, saya bimbang jadual penggambaran yang tidak menentu membuatkan waktu tidur saya tidak menentu. 
“Tidak mahu memberi masalah, saya terpaksa menolak beberapa tawaran filem dan drama. Banyak juga tawaran penerbit yang terpaksa saya hampakan. Nak buat macam mana?” katanya. 

Ditanya tidakkah risau popularitinya merudum jika lebih menumpukan perhatian terhadap karier penyampai radio, Johan yakin ia tidak akan berlaku. 
"Pada saya, radio lebih memberi publisiti yang meluas. Orang akan lebih banyak mendengar radio berbanding menonton TV. Lagipun saya ada membuat penggambaran dalaman dan aktif mengacara. Jadi peminat masih boleh melihat saya di kaca televisyen," ujarnya.
selepas ini jika ada cerita Zizan,Johan dan Jozan di Akhbar..admin akan uploadkan di blog ini..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...