Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







22 Nov 2012

FiLeM BaRu JoHaN DiPawaGaM SeKaRaNg~PontiaNak VS Orang MiNyaK

22 November 2012, bermulanya tayangan filem Pontianak Vs Orang Minyak kepada umum. Filem ini dilakonkan oleh JoHaN & NaBiL dan diarahkan oleh Afdlin Shauki..Kepada semua Jozanners jangan lupa menonton filem ini dipawagam berhampiran anda yer..sokonglah semua filem-filem yang dilakonkan oleh JoHaN dan ZizaN yer serta filem-filem tempatan lain..Pastinya korang tak kering gusi melihat telatah JoHaN dan Nabil dalam Filem ini..semoga trhibur yer..jom tengok promo,trailer,temubual dan sinopsis filem Pontianak Vs Orang Minyak dibawah ini yer..
 
SiNoPsis Filem PontiaNak VS Orang MinYak

Filem ‘Pontianak VS Orang Minyak’ ini memaparkan perjalanan 2 orang pemuda (Johan & Nabil) yang terjebak dalam dunia halus setelah masing-masing kecewa dengan haluan hidup mereka. Ponti (Nabil) dilantik menjadi Pontianak lelaki manakala Omi (Johan) pula menyerahkan diri untuk dilatih sebagai orang minyak.
Mereka berdua akhirnya dihantar oleh ketua masing-masing ke Kampung Puaka yang didiami oleh golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat untuk diuji ilmu-ilmu yang telah mereka pelajari semasa proses latihan.
Namun, Ponti dan Omi telah jatuh cinta kepada anak-anak gadis sunti Saodah yang baru berpindah ke kampung tersebut, iaitu, Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur.
Jadi ini telah memaksa kedua-dua mereka berpakat untuk menukar strategi di mana Ponti akan mengacau kekasih Omi dan Omi pula akan mengganggu kekasih Ponti.
Di masa yang sama, Kampung Puaka juga telah mengalami perebutan kuasa antara ketua kampungnya Pak Rejab dan adik iparnya, Sudiro. Sudiro telah mengkhianati kampungnya sendiri dengan membuat perjanjian sulit di antara Ratu Pontianak dan ketua orang minyak. Maka berlakulah kekecohan yang amat hebat di Kampung Puaka apabila hantu-hantu Pontianak dan orang minyak mula dapat memasuki kampung tersebut. Nantikan apa yang bakal dilakukan oleh Ponti dan Omi! Sinopsis credit to budiey.com
Trailer

ProMo

Temubual JoHaN_Orang Minyak



TeMubuaL NaBiL_PoNtiaNaK

Hahaha jangan lupa tengok semua video2 diatas ni yer..n paling penting harus menonton filem ini dipawagam sebab pastinya korang terhibur melihat gelagat JOHAN dan Nabil sebagai Orang Minyak dan Pontianak..Selamat menonton...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...