Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







16 Nov 2012

Good Luck JOZAN For MaHaRaJa LaWaK MeGa 2012

 
Assalammualaikum...
16 November 2012 adalah hari yang paling ditunggu-tunggu oleh para JOZANNERS Sekalian...hari ni akan berlangsungnya minggu pertama Maharaja Lawak Mega 2012. So sama-sama la kita semua mendoakan kejayaan JOZAN..teruskan sokongan yer..paling penting jangan lupa mengundi yer..kerana untuk Maharaja Lawak MeGa ni, semua peserta akan bergantung kepada markah juri dan undian peminat..oleh itu sama2 la kita mengundi JOZAN sebanyak yang mungkin..cara-cara mengundi boleh dilihat dibawah ini..
Semoga JOZAN berjaya melakukan yg terbaik dalam MLM2012 Ini..jadi JOZANNERS support habis-habisan k..
Gambar JOZAN credit~Twitter ZizaN
 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...