Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







23 Oct 2012

JOM MENGUNDI JOZAN UNTUK SHOUT AWARDS

Assalammualaikum..
Pada hari Isnin yang lalu Undian untuk Shout Awards telah dibuka dan JoHaN dan ZizaN juga tercalon dalam beberapa dalam kategori. Kepada semua Jozannerz diharapkan dapat mengundi setiap hari. Undian untuk Shout Awards dibuka selama sebulan iaitu dari 22 Oktober hingga 22 November 2012..undian secara online korang boleh singgah ke sini untuk mengundi http://www.shoutawards.com.my/2012/ Teruskan mengundi yer semoga kemenangan berpihak kepada kepada JOZAN..Undian menerusi SMS boleh lihat gambar2 dibawah yer..
 
 
 

2 comments:

Needa Hani said...

my vote for jozan n zizan only ;)

lailani syarafana said...

Sye Hanya VOTE JOZAN je.. :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...