Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







24 Oct 2012

JOZAN DALAM MAHARAJALAWAK MEGA 2012

Assalammualaikum..
Barisan peserta untuk MaharajaLawak Mega 2012 telah diumumkan..jadi memang sah JOZAN turut bertanding untuk merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2012..MaharajaLawak Mega 2012 akan membuka tirainya pada 16 November ini. Jadi Semua Jozannerz bersedialah untuk mengundi JOZAN dalam MLM nanti yer..semoga kemenangan berpihak pada kita amin..teruskan sokongan dan jangan lupa untuk mengundi JOZAN yer untuk MaharajaLawak Mega 2012 serta Shout Awards...
Nak tahu keseluruhan peserta yang bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2012 ini jom tengok Promo MLM dibawah ini..

jom dengarkan Radio Online Jozan Fm klik sini- http://jozanfm.freeshoutcast.com/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...