Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







19 Oct 2012

JOZAN DI ASTRO OASIS PADA RAYA HAJI KE-2

Assalammualaikum..
kepada semua Jozanners tetapkan temujanji anda semua dengan JOZAN pada Raya Haji ke-2 27/10/2012 di Astro Oasis pada pukul 5.00 petang untuk program Fadzilah Kamsah Selami Jiwa Musim Kedua Istimewa..Ada JOZAN tuh rugi kalau tak tengok..Topik yang dibincangkan pastinya menarik jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan JOZAN di Astro Oasis k..teruskan menyokong JOZAN..gambar kt atas ni kredit to Amiera Miera

ProMo

1 comment:

Needa Hani said...

mesti tengok punya...klu ada Jozan xleh miss hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...