Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







28 Oct 2012

ViDeO JOZAN Dalam ProgRam Fadzilah Kamsah SeLaMi JiWa,Astro Oasis

Assalammualaikum..
bagi sesiapa yang tidak dapat menonton Program Dato Fadzilah Kamsah Selami Jiwa musim kedua iaitu episod yang ada JOZAN jangan risau..Admin ada memasukkan videonya ke dalam blog JoZaN ini jadi semua pun boleh menontonnya..Di awal rancangan pun dah lucu dengan gelagat JOZAN, Topik yang dibincangkan untuk episod ini adalah Bahana Laman Sosial..JoHaN dan ZiZaN Berkongsi pandangan dan pengalaman diorang mengenai topik yang dibincangkan..perbincangan topik berkenaan amat menarik sekali diselang selikan dengan gelagat JOZAN yang spontan membuatkan rancangan ini lebih menghiburkan, diharapkan semua Jozaners yang menonton video ini terhibur dan memperoleh ilmu dan manfaat daripadanya.
Jom tengok videonya dibawah ini..

1 comment:

Kisah Si Tembam said...

Nak join jozanfc boleh tak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...