Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







15 Dec 2012

GATHERING ZTF BERSAMA ZIZAN RAZAK & KAKA AZRAFF

 
Assalammualaikum..
Semua Jozanners/JOZANFC dijemput hadir untuk Gathering Zizan Twitter Family bersama Zizan Razak dan Kaka Azraff..
 
Tarikh: 26 Disember 2012
 
Masa: 8.00-10.00 malam
 
Tempat: Red Box, The Curve, Mutiara Damansara
 
Bayaran: RM50 (Sila jelaskan sebelum 18 Disember 2012)
 
Untuk tempahan sila hubungi Needa (014-2564081) atau Mas
 
(012-9169170) seperti yang tertera dalam gambar diatas..
 
untuk keterangan lanjut boleh rujuk di SINI
 
jom ramai2 meriahkannya..
 

1 comment:

wan nurul hezrina said...

mcm mana nak join jozan fc nie?tak getilah nampi nak sangat join=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...