Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







31 Jan 2013

Lawak Ke Der 2 Ke Pawagam

Assalammualaikum..
pada sesape yg terlepas nk menonton Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya tu bolehlaa tengok Lawak Ke Der 2 di Pawagam pula bermula 7 Mac 2013..jangan lupa tengok lawak ke der 2 di pawagam yg berdekatan dgn korang..Jom tengok artikel akhbar mengenai Lawak Ke Der 2 di pawagam..credit Harian Metro..

Selepas mencetus fenomena ketika dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada Februari tahun lalu, persembahan ‘Stand-up Comedy’ Lawak Ke Der bakal diangkat ke layar perak pula buat julung kalinya sekali gus melakar sejarah dalam bidang perfileman tempatan.
Menggunakan judul sama, Lawak Ke Der 2 terbitan Tall Order Productions (TOP) ini akan ditayangkan dalam bentuk filem berdefinisi tinggi (HD). 
Penerbit dan pengarahnya, Hans Isaac berkata, pihak–nya mendapat idea untuk me- 
ngangkat persembahan Lawak Ke Der 2 ke pawagam untuk memastikan ia ditonton lebih ramai peminat setia persembahan genre komedi berkenaan. 
“Sebelum ini, sebanyak 15 persembahan musim pertama dan kedua Lawak Ke Der ‘sold out’ bila dipentaskan di IB pada Februari lalu. Ia membuktikan jenama Lawak Ke Der berjaya menambat hati penonton di negara ini. 
“Malah, Lawak Ke Der musim pertama juga berjaya menarik seramai 2.4 juta penonton di laman YouTube. Manakala, pementasan Lawak Ke Der 2 berjaya menarik seramai 30,000 penonton apabila dipentaskan di IB sekali gus menutup tirai 2012. 

“Bagaimanapun, pihak kami menerima banyak maklum balas dari orang ramai untuk mementaskan semula Lawak Ke Der 2 di IB kerana tiket yang membabitkan sebanyak enam pementasan sebelum ini habis terjual. 

Justeru, filem Lawak Ke Der 2 diharap dapat memenuhi cita rasa peminat setia persembahan komedi di luar sana untuk sama-sama bergelak ketawa di pawagam nanti,” katanya. 

Berkongsi cabaran menerbitkan filem Lawak Ke Der 2 itu, kata Hans, pihaknya terpaksa memotong sebanyak 30 peratus daripada versi asal selama dua jam setengah kepada 105 minit saja dalam bentuk filem. 

“Pihak kami terpaksa menyunting semula dan memilih aksi serta babak terbaik untuk diterbitkan dalam bentuk filem tetapi ia tidak menjejaskan jalan cerita asalnya. 

Paling susah ialah untuk menyunting lima minit yang terakhir untuk menutup filem ini. Antara babak yang terpaksa dipotong atau disunting semula ialah babak ‘perempuan jadian’ dan dialog ‘double meaning’. 

“Pihak kami terpaksa berulang-alik ke Lembaga Penapisan Filem (LPF) dalam proses untuk mendapat kelulusan tayangan filem ini. Jika nak diikutkan saya tidak puas hati kerana pihak LPF tetapkan had umur untuk penonton berusia 18 tahun ke atas kerana lawak yang ditampilkan dalam filem ini agak matang. 

Namun, saya terpaksa akur dengan keputusan LPF itu,” katanya. 
Hans ditemui di sidang akhbar filem Lawak Ke Der 2 yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Pengarah Harapan Terbaik dan Anugerah Lakon Layar Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 ini berkata, filem Lawak Ke Der 2 dimantapkan dengan penampilan enam pelawak terbaik tanah air iaitu Nabil, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Harith Iskander, Johan dan Zizan. 

“Walaupun bertindak sebagai pengacara, Nabil yang juga Juara Raja Lawak Musim Ke-2 akan menghiburkan penonton dengan aksi ‘stand-up comedy’nya. 

Setnya menjadi selingan bagi setiap persembahan pelawak yang lain. Walaupun muncul beberapa kali dalam filem ini, jenakanya tidak menjemukan. 

“Afdlin dan Harun (Boboi) sering muncul dengan sketsa baru yang kreatif dan mempunyai mesej. Aksi-aksi naib juara Maharaja Lawak Mega 1 ini sering menghiburkan penonton, lebih-lebih lagi dengan kemunculan Datin Maimon dan 
‘Gegirl’. 

“Selain dari ‘Halussss’, Harith yang dikenali sebagai ‘Malaysia’s King of Comedy’ juga sudah 25 tahun berkecimpung dalam bidang komedi dan berjaya mendekatkan penonton tempatan dengan ‘stand up comedy’ sebenar. 

“Begitu juga keserasian gandi–ngan Johan dan Zizan (Jozan) yang tidak dapat disangkal lagi. Ayat ‘Last payyyperr’ yang diperkenalkan Juara Maharaja Lawak Mega 2012 ini di Lawak Ke Der pertama masih menjadi ikutan anak muda ketika ini,” katanya. 

Ditanya harapannya pada filem Lawak Ke Der 2 itu, kata Hans, sudah pasti pihaknya mengharapkan ia bakal mencecah kutipan pecah panggung nanti. 

“Filem ini membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM1.8 juta. Manakala, kos untuk promosi saja sudah mencecah setengah juta ringgit kerana kami ingin memberikan yang terbaik pada filem ini. 

“Apapun, saya sedar risiko yang kami hadapi menerbitkan filem ini memang tinggi tapi selepas berbincang dengan semua pelakon yang turut menjadi penerbit bersama untuk filem ini, kami sanggup mengambil risiko itu kerana ingin melihat sambutan dari penonton nanti,” katanya. 

Filem Lawak Ke Der 2 bakal menjengah sebanyak 70 pawagam seluruh tanah air 7 Mac 2013. Ia turut ditayangkan di pawagam Singapura dan Brunei Darussalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...