Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







8 Jan 2013

TeRuskan SoKoNg JOZAN

Assalammualaikum..
Kepada semua peminat JOZAN..teruskan menyokong JOZAN dan teruskan mengundi JOZAN..ketika ini JOZAN sangat memerlukan sokongan dan undian anda..jadi teruskan mengundi habis-habisan..semoga JOZAN terus sukses sampai ke final Maharaja Lawak Mega 2012..aminnn..sama2 lah kita doakan agar JOHAN cepat sembuh dan kembali beraksi di pentas MLM2012..Tema MLM2012 minggu ke-9 adalah Peribahasa dan Silent Comedy..MLM2012 Minggu ke-9 akan diadakan di Perak..jadi orang Perak turun ramai2 sokong JOZAN k.. =) semoga semuanya berjalan lancar untuk JOZAN amin....


credit Utusan Malaysia

P/s~ Tahniah JoHaN & Ozlyn dapat Baby Boy semalam 7 Januari 2013 =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...