Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







20 Jun 2013

HAPPY BIRTHDAY JOHAN 13 JUNE

Happy Birthday JOHAN !!! We love u...



Tarikh lahir Johan ialah 13 June .. tapi beliau sambut hari lahirnya pada 16 June bersama peminat2nya di Flamingo Hotel, Ampang sekitar jam 12-3petang. Majlis kali ni bukan saja menyambut hari lahirnya..tapi sekaligus majlis menyambut kedatangan Ramadhan... Alhamdulillah ..semoga rezekinya bertambah2..Amin..

Majlis ini diraikan bersama 150 orang yg kebanyakan adalah ahli dari JOZANFC, JOHANFC, JOHANFCSG & JOHANTWITTERFAMILY juga lebih kurang 30org anak2 yatim... biasa lah Johan..klo tak jemput anak yatim sekali cam tak sempurna setiap majlis yg diadakan.. yang tu terbaikk!!!...

Majlis diserikan dengan kehadiran sahabatnya ZIZAN.. kami semua happy.. lengkap lah sudah perkataan JOZAN... ramai yg sayang JOZAN kan?...

Admin buat tema pada haritu.. nasib le kena... Berbaju melayu atau kemeja bg lelaki dan baju kurung atau jubah untuk perempuan.. dengan warna putih, hitam dan pink.. ok la tu...

Dikesempatan ini admin ingin mengucapkan HAPPY BIRTHDAY JOHAN... semoga dikurniakan kesihatan yang baik.. rezeki yang mencukupi..dan dikurniakan kebahagian rumahtangga selamanya..KAMI #JOZANNERZ SETIA MEYOKONG KAMU ...

 Sahabat selamanya .....

Candy buffet ....sweeet sgtt

Scrap Book dari JOHANFCSG ..menghimpunkan puluhan ucapan dr peminat dr seluruh negeri termasuk Singapore & Brunai... Nice hoh?... TQ Jozannerz Dsayang untuk scrap book ni.. hehhee


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...