Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







9 Jul 2013

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK





10 Julai 2013 bersamaan 1434H (Rabu) Kita semua harus bersyukur kerana dipertemukan sekali lagi dengan EN. RAMADHAN.. Jangan lupa bangun sahur dan niat puasa tau..jangan pepagi kul 8 baru nak sahur ya... tu kita panggil puasa yok2 pagi2 buka periuk...hehhhe.. 
Jangan lupa malam nanti pegi terawih ramai2 kat masjid berhampiran ... banyakkan membaca al-quran ... klo nampak JOZAN kat TV tu control sikit ketawa tu...bukan apa... menghormati bulan mulia ni kan... Semoga Ramadhan kali ni membawa 1001 keberkatan.. Mohon Allah Taala memudahkan segala amalan kita dibulan mulia ini. Pasti bagi JOZANNERZ yang tahu akan kelebihan bulan Ramadhan akan merindui bulan ini. Bulan dimana semua pintu neraka ditutup erat dan semua pintu syurga dibuka seluas2 nya... itu lah tanda Allah Taala sayang kita semua... disamping kita menyayangi JOZAN jangan sesekali melupakan Pencipta kita.. ok?... 

Untuk ikon kelab JOHAN & ZIZAN (JOZAN) serta Manager beliau Maryna & Ozlyn tak lupa ZIZAN TWITTER FAMILY, ZIZANFC, JOHAN TWITTER FAMILY, JOHANFC, JOHANFCSG serta JOZANFC terutamanya...
...SELAMAT BERPUASA ....

Admin tinggal kan korang dengan puisi syahdu ni ..hehehehee...
JIKA HATI SEJERNIH AIR JANGAN DIBIAR IA KERUH
JIKA HATI SEPUTIH AWAN JANGAN BIAR IA MENDUNG
JIKA HATI SEINDAH BULAN KEKALKAN IA DENGAN KEIMANAN
SALAM RAMADHAN 

Untuk rujukan JOZANNERZ ni admin ada sertakan niat berpuasa siap doa berbuka lagi ... selamat beramal ^__^





SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA!!!! 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...