Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







4 Sep 2013

Hantu Telur Lakonan Johan, Didie & Ozlyn

[
Assalammualaikum..
Drama Hantu Telur yang dilakonkan oleh Johan, Didie Alias, Ozlyn dan ramai lagi ada ditayangkan di Astro Ria baru2 ini..jadi admin letakkan full video drama berkenaan kat sini beserta sinopsis..Selamat Menonton & Semoga terhibur yer..

Sinopsis
Mengisahkan tentang Ozi, seorang Anak Dara Tua yang baru putus cinta dengan kekasihnya, Rizal seorang pemain bola. Suatu hari, dia berjalan dan berjumpa dengan sebiji telur yang berwarna pink. Dia mengutipnya dan membawa telur itu pulang ke rumah.

Sedang Ozi nyenyak tidur, telur itu menetas dan menjelma hantu Jon-jon. Demi melepas dirinya dirinya dari menjadi hamba Ozi, Dia boleh menukar Ozi menjadi orang yang Ozi mahukan, namun syaratnya orang tersebut haruslah orang yang Ozi kenali. Namun permintaan ini ada limitnya. Ozi hanya boleh bertukar selama 5 kali. Pelbagai kisah lucu berlaku dalam usaha jon jon melepaskan diri dari menjadi hamba Ozi.

Video (Hantu Telur)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...