Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.
Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.
Teater BAHAYANYA WANITA
T
eater ke 2 ZIZAN ... pasti meletop coz ZIZAN tak berlakon sendiri... wahh untung ZIZAN dikelilingi oleh gurl2 yang mantap... orang lama..
Teater Bahayanya Wanita akan dipentaskan hari ini 20 hingga 31
Disember depan di Panggung Sari, Istana Budaya. Teater tersebut akan
mendedahkan kehidupan berpoligami dan tidak bertujuan untuk merendahkan
konsep keluarga tersebut. Menurut Umie Aida , masyarakat perlu memandang
ia dari sudut positif yang sememangnya berlaku dalam kehidupan
realiti.
Teater bergenre komedi dipilih berikutan tren penonton yang
lebih gemar kepada bahan jenaka dan santai berbanding drama
berat. Teater terbitan Frensis Sdn Bhd ini turut dibarisi pelakon2 yang mantap2 seperti Erra Fazira, Datin Padula Umie Aida, Nora Danish dan Johan Ashari.
Ayuh JOZANERZ kita saksikan Bahayanya Wanita !!!
Tengok tu ...how sweet JOHAN buat parody Bahayanya Wanita ...hehhee
Enjoyyy!!!
No comments:
Post a Comment