Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







20 Mar 2014

TAMAT SESI MENGISI BORANG ABPBH (JOZANFC, ZTF,JTF)

Tamat sudah sesi mengisi borang ABPBH. Masing2 dah jalankan tugas masing2 untuk memastikan ikon kelab berjaya meraih anugerah di ABPBH nanti... Alhamdulillah ...segalanya berjalan lancar.. 

Untuk semua yang terlibat dalam program mengisi borang ABPBH (ZTF..JTF ..Dan JOZANFC) pihak JOZANFC mengucapkan jutaan terima kasih kerana meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk mengundi JOZAN (JOHAN + ZIZAN) .... Kita hanya berserah dan menunggu keputusan dan saat dimana ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN berlangsung.. * sabar ya semua....  :) 

Kita tgok how hard peminat JOZAN (JOHAN + ZIZAN) menjalankan tugas masing2 


JOZANFC (PAPERBOOM!!! #SejutaCintaUntukJozan 



ZTF (Paper Party) 


JTF (Perang Peper) 

Terima Kasih semua ... Usaha dah dilakukan demi JOZAN ...sekarang cuma berserah dan berdoa moga impian kita melihat HERO kita naik pentas ambik award... 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...