Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







4 Feb 2015

Projek Ceria Astro Ceria #ZIZAN

Projek Ceria adalah sebuah rancangan yang disertai oleh ZIZAN disamping artis lain seperti Lisa Surihani, Dato' Aznil, Hafiz Shuib, Sharol Shiro dan bintang baru..(admin pon tak kenal sgt). Projek ini adalah sebuah program berbentuk kemasyarakatan untuk demi merealisasikan impian kanak-kanak dan remaja pengidap kanser bertemu selebriti kesayangan mereka.


ZIZAN penuh dengan kebaikan hati..ketulusan yang tinggi menyelami kehidupan anak-anak penghidap kanser berkata 

“Apabila melihat mereka ketawa saya tersentuh…Tetapi untuk menaikkan semangat mereka saya juga perlu tersenyum walaupun dalam hati saya menangis mengenang kesakitan ditanggung mereka,” 

***baiknya dia...***

Rancangan ini telahpun bermula pada 30 Januari 2015 dan akan terus bersiaran pada setiap hari Jumaat jam 7 malam. Anda semua boleh tontonya di Astro Ceria (611) dan siaran serentak di Astro Prima (106) dan Mustika HD (134).



Semoga ibadah ini menjadi pahala besar buat yang terlibat... Tahniah Astro Ceria



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...