Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







30 Jun 2012

Masih segar dalam ingatan semua Jozannerz atas kemenangan Zizan dan Johan dalam Super Spontan. Assalamualaikum Jozannerz. Terima kasih kerana masih setia mengikuti perkembangan Jozan melalui Blog ini. Kepada semua Jozannerz yang disayangi, anda juga boleh menyertai kami di facebook ( Jozan Maharajalawak Fan's Club) okeh. Disitu terdapat lebih 10 000 orang peminat-peminat Jozan. Anda hanya perlu menge-add facebook Jozan Maharajalawak Fan's Club untuk menyertai kami. Di situ, terdapat juga banyak maklumat dan perkembangan-perkembangan terbaru yang di post kan mengenai Jozan selain melalui blog rasmi ini. Okeh. Terima kasih semuanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...