Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







14 Oct 2012

FiLeM-FiLeM BaRu JoHaN & ZizaN

Assalammualaikum..
Kepada semua Peminat2 JOZAN nantikan filem-filem terbaru dari JoHaN dan ZizaN yang akan ditayangkan di pawagam sedikit masa lagi. Selepas kejayaan Filem Hantu Kapchai yang dilakonkan oleh ZizaN,Filem JoHaN Pula akan menyusul yang mana filem ini diarahkan oleh Afdlin Shauki. Filem ini bertajuk Pontianak Vs Orang Minyak yang akan ditayangkan dipawagam bermula 22 November ini. Jadi jangan lupa menonton filem baru JoHan ini ramai-ramai yer.
Sementara ZizaN pula bakal beraksi dalam 4 filem yang akan ditayangkan dipawagam tidak lama lagi antaranya adalah dalam filem:
1)TOKAN
 
2)KL GANGSTER 2
 
3)BIKERS KENTAL
 
 
4)KL ZOMBIE

 
Itulah antara filem-filemnya..jadi diharapkan pada semua peminat JOZAN teruskan memberi sokongan pada mereka dan support la filem2 Malaysia yer..



1 comment:

Needa Hani said...

sejak zizan jd pelakon A list msia ni, rajin pulak teman ke panggung hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...