Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







11 Oct 2012

DestiNasi CiNta JoHaN & OzlyN Bersama Air Asia

Assalammualaikum...
Kepada semua peminat JoZaN,JoZLyN jangan lupa menonton program Baru di Astro Ria iaitu DestiNasi CiNta Bersama Air Asia bermula 17 Oktober ini, setiap hari Rabu pada pukul 10 malam.
So kalau korang nak tengok gelagat pasangan sehati sejiwa ni iaitu JoHaN dan Ozlyn jangan ketinggalan menonton Destinasi Cinta Bersama Air Asia ini yer..diorang akan bercuti dan berbulan madu di Thailand. Nampak sweet jer gambar2 kat atas ni so haruslah tengok rancangan Destinasi Cinta ini dalam episod yang ada JoHan dan Ozlyn. Selain JoHan ada Ozlyn terdapat beberapa selebriti lain yang bercuti & berbulan madu di beberapa tempat di negara lain. Apapun jangan lupa tonton episod yang ada JOZLYN tuh yer, Tengok jangan tak tengok ye, siap naik gajah lagi tau =) so tetapkan temujanji korang dengan JOZLYN dalam Destinasi Cinta bersama Air Asia..gambar kat atas ni kredit pada Jozannerz Dsyg dan Umairah Jozannerz
 
Jom Tengok Trailer DestiNasi CiNta

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...