Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







9 Oct 2012

JOZAN Together In ERA.FM

Assalammualaikum..
Pagi semalam ZiZaN telah hadir ke Konti Era.Fm untuk ditemubual dalam Segmen JoHaRa Pagi Era..sangat happening bila ada JOZAN bersama-sama..Zizan berada di Konti Radio Era sehingga pukul 9 pagi..ZizaN sempat ditemubual oleh JoHaRa (JoHaN,Hanif dan Ray) berikutan kemenangannya dalam Anugerah Blokbuster dalam kategori Hero Terhebat yang berlangsung pada Sabtu lalu..Dalam pada itu Ah Chai & Mael Lambong A.K.A JOZAN sempat juga berduet dalam satu lagu untuk menghiburkan para pendengar Era. Kemudian mereka juga sempat bermain Permainan Sepontan Era iaitu permainan ala2 Super Spontan iaitu Pantun 2 Kerat..Zizan bermain dengan Ray Era manakala JoHaN bertindak sebagai Juri..penuh kelucuan bila masing2 mengeluarkan pantun spontan mereka..selain itu ketika ditemubual oleh JoHaRa, Zizan sempat berterima kasih pada para peminatnya yang mengundi dirinya sehingga dirinya menang..apapun mari kita tengok video2 dibawah ini iaitu Gelagat Zizan ketika di Konti Radio Era serta rakaman audio JOZAN berduet, Sepontan Era dll..semoga terhibur...

~JoHaRa PaGi ERA Bersama ZizaN RazaK.








SELAMAT menonton dan mendengar truskan memberi sokongan pada JOZAN yer..

1 comment:

wsl5856 said...

suker..suker..suker..
sweet sgt JOZAN..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...