Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







7 Oct 2012

TaHNiaH ZiZaN~PemeNanG AnugeRah BLokBusteR(Hero TerHeBat)

 
Assalammualaikum
semalam berlangsungnya Anugerah BLoKBuster 2012 dan membawa kepada kemenangan Zizan Razak dalam Kategori Hero TerheBat..TahNiah ZizaN semua Jozanners happy dengan kemenangan Zizan, diharapkan Zizan dan juga JOZAN terus sukses di masa2 akan datang. Semoga di masa akan datang juga rezeki sama2 memihak pada JOZAN..biar dua2 dapat naik pentas dan sama-sama menang..Insyaallah..Jozanners akan terus menyokong kuat dibelakang JOZAN selamanya. Gambar diatas kredit kepada Instagram Afdal Shahizad. Selain tuh jom kita layan gambar2 Zizan kat bawah ni. Gambar-gambar ini diambil sewaktu Preview Filem HaNtu Kapchai Bersama Media dan Jemputan Khas pada 25 September 2012 yg lalu..

 

 
 
 
Dah layan gambar meh tengok video Zizan,Afdlin dan Lisa menyanyi dan menari tarian BlokBuster StyLe..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...