Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







2 Oct 2012

JeJaK JePuN BeRsaMa ZiZaN



Assalammualaikum...
Jangan Lupa untuk menyaksikan Jejak Jepun Bersama Zizan setiap hari Rabu, pada pukul 9.00 malam di Astro Prima. Program ini berkonsepkan diari kembara ke pelbagai destinasi menarik di sekitar negara Matahari terbit iaitu Jepun sambil mengeksplorasi pelbagai aktviti dan tarikan yang menyeronokkan. Lebih menarik, program 6 episod ini akan dihoskan sepenuhnya oleh pelawak popular, Zizan Razak yang sememangnya membuat penonton tidak kering gusi dengan gaya dan gelagat bersahaja beliau. Zizan akan membawa penonton menerokai tempat-tempat destinasi pelancongan yang mempunyai pelbagai tarikan menarik di seluruh Jepun seperti Osaka, Kobe, Wakayama, Shirama, Yokohama dan Tokyo. Apa yang menariknya dalam Jejak Jepun Bersama Zizan ini terdapat misi-misi tertentu yang perlu dilaksankannya dalam setiap episod dan misi paling utama adalah untuk bertemu Ayumi Hamasaki, Ratu J- Pop. Dapatkah Zizan melaksanakan kesemua misi tersebut sama-sama lah kita tunggu dan teruskan menonton Jejak Jepun Bersama Zizan.

Sape2 yang belum berkesempatan nak tengok Jejak Jepun Bersama Zizan boleh la menonton video dibawah ini..
Episod 1

Episod 2

Episod 3

3 comments:

~bABy p0oh~ said...

yeahh !! saya suke.. saya suke.. thanx syg cik banu.. :))

wsl5856 said...

harussslah tgk..
x prnh miss lg tau..

Anonymous said...

episode 4 tak ada ka ? hari tu tak sempat tengok =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...