Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







5 Oct 2012

JoM UNDI JOZAN Di ANuGeRaH BLoKBuSteR


Assalammualaikum...
Anugerah Blokbuster akan berlangsung pada 6 Oktober 2012 ini. Anugerah Blokbuster adalah satu majlis anugerah yang memartabatkan filem-filem serta penggiat seni perfileman pilihan penonton yg mana undian adalah 100% daripada penonton.Undian boleh dilakukan secara Online dan juga SMS. Dalam Anugerah ini Johan dan Zizan juga tersenarai sebagai calon yang bertanding..Maka diharapkan kerjasama para peminat JOZAN untuk mengundi kedua-dua mereka dalam setiap kategori yg mereka tercalon. Undian boleh dilakukan sehingga 6 Oktober jam 6.00 petang. Semua keputusan undian bagi setiap kategori akan diumumkan pada malam kemuncak Anugerah Blokbuster yang akan disiarkan secara langsung pada 6 Oktober 2012 jam 9 malam di Astro Ria..

Untuk mengundi secara Online layari www.anugerahblokbuster.com.my
Untuk undian secara SMS Taip AB<Jarak><Kod Mengundi> dan hantar ke 32888
Undian secara pukal boleh dilakukan dengan menaip AB<3/5/10/20><Jarak><Kod Mengundi> dan hantar ke 32888.
Masih ada masa lagi untuk mengundi JOHAN dan ZIZAN Jadi diminta peminat2 JOZAN mengundi kedua-dua mereka yer..

KateGori ANugeRah HeRo TerHeBat


Selain kategori diatas terdapat juga kategori lain yang mempertandingkan filem2 yang dilakonkan oleh JoHaN mahu pun Zizan antaranya adalah untuk kategori Filem Terhebat, Filem Hantu Bonceng yang dilakonkan oleh Zizan juga tersenarai..
Kategori seterusnya adalah untuk AnuGeRah FiLeM KeLaKar TerHeBat


Itulah kategori yang melibatkan JOZAN dan juga filem2 yang dilakonkan mereka. Jadi diharapkan peminat2 JOZAN cepat2 mengundi kedua-dua mereka yer.

2 comments:

Needa Hani said...

cayalah cik banu sayang

Ramadan Rock said...

jozan is my heroo
super DUPER marvelous !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...