Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







2 Jan 2013

JOZAN Maharaja Lawak Mega 2012 minggu 7 (Gambar2)

Assalammualaikum..
Minggu ke-7 Maharaja Lawak Mega 2012 telah pun berlalu dengan bertemakan Loghat dan Kembali Ke Sekolah..Alhamdulilah kedudukan undian JOZAN masih berada ditangga teratas..terima kasih pada semua penyokong JOZAN yang terus mengundi JOZAN..jom layan gambar-gambar JOZAN di MLM2012 Minggu ke-7..semua gambar2 ini credit kepada BuahMulut.com

Segmen pertama~Loghat




Segmen kedua~ KemBaLi Ke Sekolah






Minggu ke-8 Maharaja Lawak Mega 2012 akan berlangsung di Terengganu dengan bertemakan Cerita Rakyat & Radio.. Good Luck to JOZAN..sama2 lah kita doakan supaya JOHAN cepat sembuh dan pulih seperti biasa aminnnn..apa pun teruskan mengundi JOZAN yer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...