Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







19 Aug 2013

KL ZOMBIE - ZOMBIE BERSEPAH DIPAWAGAM PADA 29 OGOS 2013




Filem adaptasi dari novel Zombijaya hasil karya Adib Zaini ini akan dibawa ke layar perak oleh syarikat penerbitan Grand Brilliance.. Filem yang bakal menemui anda semua pada 29 Ogos 2013 ini semestinya dibintangi oleh hero kacak lagi macho @zizanrajalawak yang memegang watak sebagai NIPIS bersama artis lain seperti iti Saleha, Izara Aishah, Faezah Elai, Zain Hamid, Iedil Putra dan Azhan Rani.

Filem KL Zombie diarahkan oleh Woo Ming Jin dan skripnya masih mengekalkan Adib Zaini yang juga penulis asal novel Zombijaya.

Jangan lupa saksikan hero melaya @zizanrajalawak di pawagam berdekatan anda... kalau jauh pon takpe ..suka ati korang... jom kita serbu sama2 nanti ya..   29 OGOS 2013 tau!!!!




► 0:31► 0:31 www.youtube.com/watch?v=ldYD0_NjsM
Mai kita baca sinopsis KL Zombie ni:- 

Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri. Mereka tidak tahu yang dunia yang mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah dan hanya Nipis yang mampu menyelamatkan keadaan.

5 sahabat baik (Nipis, Kamarul, Ana, Sofia dan Aliff) bergumbira pada malam sambutan tahun baru di lembah klang apabila tidak semena-mena seorang daripada mereka digigit anjing bervirus. virus zombi tersebut bukan sahaja menjangkiti salah seorang daripada 5 sahabat tadi, malah merebak dari punca yang tak diketahui. lama-kelamaan, virus tersebut merebak sampai ke sarawak dan ke seluruh malaysia. dalam keributan penularan wabak zombi, Nipis - seorang kaki teori konspirasi - mencadangkan mereka berpindah ke putrajaya di mana beliau percaya, kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear.




https://www.facebook.com/KLzombie
sumber : www.mstar.com.my
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...