Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







19 Aug 2013

TAHNIAH JOZAN!!! #ANUGERAH LAWAK WARNA

Julungkalinya dianjurkan oleh pihak Astro untuk memertabatkan pelawak tanahair... yesss ..admin amat suka bila ada anugerah ini yang terang2 cukup untuk manaiktarafkan pelawak tempatan.. tahniah Astro... Lagi suka admin bila hero kita (JOZAN) JOHAN + ZIZAN dicalonkan. Meletop wehhh!!!! ...

Jutaan tahniah buat @zizanrajalawak (ZIZAN RAZAK) kerana beliau telah memenangi anugerah PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (FILEM) dan Jutaan tahniah buat sahabatnya @JohERAJohERA (JOHAN)kerana beliau juga berjaya meraih kemenangan dalam kategori SEGMEN KOMEDI RADIO PALING POPULAR menerusi SKETSA JOHARA bersama rakan2 ERA nya Ray dan Haniff. 

TAHNIAH BRO!!!!

Jom kita tengok sapa yg memenangi anugerah di ANUGERAH LAWAK WARNA ini. 



Anugerah Terbaik Oleh Juri Professional

Filem Komedi Terbaik : Istanbul Aku Datang
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) : Zizan Razak
Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) : Lisa Surihani
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV) : Sabri Yunus
Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV) : Jasmin Hamid
Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (bersiri) : Maharaja Lawak Mega 2012
Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (bukan bersiri) : Warna Raya 2012
Siri TV Komedi Terbaik : Keluarga Iskandar
Siri Komedi Kanak – Kanak TV Terbaik : Oh My English
Lakon Layar Komedi Terbaik (Filem) : Istanbul Aku Datang 

Lakon Layar Komedi Terbaik (TV) : 7 Dulang Asam Pedas
Skrip Komedi TV Terbaik : Megat Fauzi Sukarnain ( Kampung Semarah Padi )
Skrip Komedi Filem Terbaik : Mamat Khalid ( Rock Oo )
Pengarah Komedi Terbaik (TV) : Azizi Chunk Adnan ( 7 Dulang Asam Pedas )
Pengarah Komedi Terbaik (Filem) : Bernard Chauly ( Istanbul Aku Datang )

Anugerah Popular Undian SMS

Artis Lawak Lelaki Paling Popular : Jep Sepah
Artis Lawak Wanita Paling Popular : Didie Alias


Segmen Komedi Radio Paling Popular : Sketsa Johara
Video Viral Original Paling Popular : Drama - Drama Sebelum Kahwin oleh Matlutfhi90

Anugerah Khas Juri
Konsep Asal / Idea : Othman Hafsham
Pencapaian Komedi Sepanjang Zaman : Allahyarham S. Shamsudin


SEGMEN KOMEDI RADIO PALING POPULAR - SKETSA JOHARA 









ARTIS KOMEDI LELAKI TERBAIK (FILEM)


Tahniah diucapkan kepada pemenang – pemenang Anugerah Lawak Warna 2013.


Special Thanks :-
http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/93581/Senarai-Penuh-Keputusan-Anuger.aspx
www.budiey.com
http://mulan-sahbanu.blogspot.com/

http://jozansahabatselamanya.blogspot.com/2013/08/sweet-sangat-jozan-di-anugerah-lawak.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...