Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







9 Dec 2013

Vote Johan, Zizan Dalam Undian Awal ABPBH 2013

Assalammualaikum..
Anugerah Bintang Popular BH kembali lagi tahun ini dengan tema ‘Magis Alam’. Borang pencalonan pusingan awal Anugerah Bintang Popular BH 2013 sudah pun dikeluarkan dalam akhbar Berita Harian dan BH Ahad bermula hari ini hingga 3 Januari 2014 untuk pembaca memilih lima calon teratas! Borang haruslah sampai ke BH sebelum atau pada 10 Januari 2014. Jangan lupa dapatkan akhbar BH dan undi untuk JoHaN dan Zizan yer.
VOTE JOHAN
VOTE ZIZAN
Gambar2 kredit to Facebook ABPBH, Twitter JTF dan Twitter ZTF.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...