Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







4 Feb 2015

Lagi ... Anugerah MeleTop Era 2015 #JOZAN

Anugerah MeleTop Era 2015 yang akan berlangsung pada 22 February 2015 ini lebih istimewa untuk peminat2 dan follower JOZAN!!!! 

Saksikan mereka sebagai pengacara disamping Dato Ac dan Neelofa serta Nabil Ahmad..... 

Pastinya peminat2 JOZAN merindui keletah idola ini di pentas Anugerah MeleTop Era 2015. Rasanya ada tak peminat yang menangis kali ni bila JOHAN & ZIZAN digandingkan bersama... Admin pasti kerinduan kalian terubat dengan kehadiran mereka berdua tidak lama lagi. 

Nantikan ya!!! 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...