Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







2 Feb 2015

ANUGERAH MELETOP ERA 2015 (AME2015)


ANUGERAH MELETOP ERA 2015 (AME2015) bakal berlangsung di STADIUM BUKIT JALIL pada 22 FEBRUARY 2015 dan akan bersiaran secara langsung di kaca tv anda menerusi 3 saluran hebat iaitu ASTRO RIA (104), ASTRO HITS (705) dan ASTRO MAYA HD (135). 

Tidak lengkap jika admin tak bagi tau katagori2 yang menyenaraikan nama JOZAN (JOHAN/ZIZAN) ... antara kategori yang tersebut adalah :- 

ARTIS LAWAK MELETOP - JOHAN / ZIZAN - Hok ni memang takleh nak pertikai lagi... memang biasa muka depa 2 mesti ada... bersaing hebat bersama Jep Sepahtu, Nabil, Abam Bocey dan satu-satunya bunga artis lawak malaysia Jihan Muse. 

HOS TV MELETOP - ZIZAN akan bersaing bersama Datuk Ac, Datuk Aznil, Neelofa dan Nabil. 

PELAKON TV MELETOP - ZIZAN akan bersaing bagi kategori ini bersama Shanaaz Ahmad, Zul Ariffin, Amar Bahrin dan pelakon jelita Nelydia Senrose. 

LAGU MELETOP - ZIZAN & KAKA menerusi lagu INFINITI CINTA 

GROUP / DUO MELETOP - ZIZAN & KAKA sekali lagi digandingkan menerusi lagui infiniti cinta. 

PENYAMPAI RADIO MELETOP - JOHAN ..semua dah tau kategori ini mesti ada nama dia ... Johan akan bersaing bersama rakan sekonti Ray dan Haniff disamping Kak Engku dan Feeya. 

PROGRAM RADIO MELETOP - JOHARA PAGI ERA sentiasa dihati pendengar radio.. Johara Pagi Era yang dianggotai oleh JOHAN, Haniff dan Ray akan bersaing dengan team Pilihan Hit Era, Petang Era, Morning Crew serta Sinar Pagi.. nantikan keputusan nanti ya.. 

BINTANG FILEM MELETOP - ZIZAN tetap menjadi pilihan JOZANNERZ untuk kekal tersenarai dalam kategori ini. 

FESYEN MELETOP - ZIZAN tidak pernah ketinggalan dalam berfesyen... 

BINTANG ONLINE MELETOP - ZIZAN sekali lagi dicalonkan dalam kategori ini bersaing bersama kekasih hatinya Emma Maeembong disamping Dato' Siti, Aaron Aziz dan Haniz Zalikha. 

Antara kategori lain yang diterajui oleh ZIZAN adalah Drama Tv Meletop - Hantu Selfie dan Filem Meletop menerusi filem Abang Long Fadil. 

Bagi yang ingin mengundi secara online sila layari www.meletop.com.my dan www.era.fm ataupun menerusi aplikasi Astro View yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store. 

Sama-sama kita nantikan keputusannya pada 22 Feb 2015 ini.. 




SELAMAT MENGUNDI !!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...