Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







2 Feb 2015

#VIRUS #ZIZAN TERSINGKIR MLM2014

#Virus #ZIZAN #Jambu tidak berjaya meneruskan komedi mereka di rancangan MAHARAJALAWAK MEGA 2014 setelah tersingkir di separuh akhir Maharajalawak Mega 2014


Assalammualaikum...

Admin agak terkasima apabila kumpulan VIRUS yang dianggotai oleh salah seorang idola JOZANFC iaitu ZIZAN tersingkir diseparuh akhir MLM2014. 

Sedih ... tapi apakan daya bukan rezeki VIRUS... adakah benar ZIZAN hanya untuk JOHAN sahabatnya yg penuh chemistry???? ... anda saja yg tahu jawapannya.. 

Untuk Zero, Sepahtu, Nabil, Shiro Dan Bocey selamat berjaya.... 

Untuk info semua... tema Final MLM2014 adalah Muzikal Komedi & Bebas... Siapa yg bakal meyerlah?... undi mereka yg berbakat ya!!! admin pilih Zero dan Bocey untuk melebarkan sayap... tahniah untuk kumpulan yang baru menyerlah..... 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...